Ikuti Tips dan Langkah Mudah Ini Untuk Menanam Kesum Tanpa Perlu Disiram Selalu

Ramai antara kita yang selalu guna daun kesum untuk masakan. Tapi apabila berada di kawasan bandar agak sukar untuk menanamnya, kerana mungkin ada yang tinggal di kawasan rumah flat, apartment dan sebagainya.

Berkebun adalah antara salah satu hobi, kaum ibu suka lakukan jika ada masa terluang. Selain rasa seronok dan sekadar suka-suka melakukan aktiviti tersebut, dapat juga suatu masa akan datang menikmati hasil daripada tanaman yang hidup subur di laman rumah untuk kegunaan sendiri.

Umpamanya jika ada yang menanam daun kesum, selain memang menjadi bahan wajib untuk menyediakan laksa mahu pun asam pedas. Jika kena gayanya, pokok kesum boleh juga dijadikan sebagai pokok hiasan yang cantik di laman rumah. Ini memandangkan bentuk daunnya yang runcing dan panjang, memberi gaya dekorasi tanaman herba yang tersendiri.

Pun begitu, menanam pokok tidak dinafikan memerlukan perhatian penuh untuk pastikan ianya dapat hidup subur. Pun begitu, jika anda seorang yang sibuk namun tetap ingin bercucuk tanam, tiada salahnya menggunakan teknik tanaman seperti yang dikongsikan ini.

Nak tahu bagaimana, jom semak perkongsian daripada Mazlan Ismail. Menurutnya dengan teknik ini pokok kesum yang ditanam tidak perlu disiram selalu.

Step 1

Sediakan botol terpakai. Saiz terpulang, ikut keperluan dan jenis pokok yang nak di tanam.

Step 2

Potong bahagian atas lebih kurang 1/3 sahaja. Yang atas tu nanti akan diletakkan secara terbalik ke bahagian bawah botol.

Step 3

Sebelum letakkan bahagian atas tu, buat lubang dulu di penutup botol untuk letakkan kain atau apa-apa saja yang boleh menyerap air.

Step 4

Lebih kurang macam ni.

Step 5

Kedudukannya lebih kurang macam ni. Dah boleh masukkan tanah kat atas tu dan air kat bawah.

Step 6

Masukkan tanah dan boleh tanam pokok. Hasil yang dah siap boleh rujuk gambar pertama. Jangan lupa masukkan air. Boleh juga letakan baja yang bersesuaian untuk tumbesaran pokok.

Selamat mencuba

Sumber : Mazlan Ismail via Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri

Author: admin

Leave a Reply