Please Jangan Leka, Pesan Seorang Kakak Yang Tiada Simpanan Selepas Bercerai

Kisah ini saya terima dalam inbox daripada seorang kakak. Beliau menceritakan kisah hidupnya semasa berkahwin dan kemudiannya bercerai.

Berikut adalah cerita akak dalam ayatnya sendiri.

Salam HF. Pertamanya akak kagum dengan adik yang sangat bijak rancang kewangan. Akak dulu masa bujang sangat pandai simpan duit, tapi tak pandai invest duit. Dulu gaji kecil tapi banyak saving.

Lagi beberapa bulan nak kahwin, suami akak rancang membeli sebuah rumah konon untuk kami duduki selepas berkahwin. Masa itu pendapatan bersama baru berjumlah RM6500 pada tahun 2010.

Kami berjaya membeli sebuah condo pada harga RM279k tanpa sebarang downpayment sebab pemaju bagi diskaun 10% untuk bumi unit. Akak pakai tunai yang disimpan untuk majlis kahwin and belanja rumah masa baru-baru kahwin untuk tolong suami.

3 tahun berkahwin, akak perasan suami akak dah berubah and masa tu akak tak ada saving banyak sebab hampir setiap bulan akak tolong suami untuk beli groceries, belanja anak, rumah dan kereta beliau.

Dia dapat kerja baru dan gaji banyak, dia enjoy and 4 tahun berkahwin dan kami sekarang officially bercerai pada Feb 2016. Akak tak ada hutang lain melainkan PTPTN yang tinggal lagi separuh untuk dihabiskan.

Kereta beli 2015 Honda Jazz sebab ex akak cakap dia support setiap bulan RM500. Jadi, akak hanya perlu top-up separuh lagi. Jadi sekarang, akak kena bayar duit sewa rumah, kereta and semua duit belanja lain sendiri.

Nasib baik bekas suami akak masih bagi duit nafkah anak jadi tak adalah akak desperate sangat. Sekarang akak nak buat ASB financing belajar daripada pengajaran Harith di FB.

Rumah yang kitorang beli tu dalam proses untuk dijual sebagai harta sepencarian, akan bahagi separuh-separuh keuntungannya. Harga pasaran rumah tu sekarang ialah RM500k. Jadi, keuntungan insyaAllah dalam RM100k seorang tolak dengan semua kos lain.

Tujuan akak cerita ni untuk adik tolong nasihatkan semua perempuan di luar sana. Jangan tak simpan duit. Please jangan leka. Bersedia sekiranya terjadi perkara buruk pada masa hadapan.

Sekarang ex-akak ada hutang kad kredit sekitar RM30k sebab enjoy dengan perempuan, RM20k personal loan kahwin, nafkah anak bulanan RM1.5k, kereta dia, kereta parents dia dan the list goes on.

Allah akan balas semua tindakan kita, walaupun gaji banyak tapi kalau buat aniaya pada isteri dan anak, Allah akan bagi kesempitan rezeki pada kita.

Feel free to share this story in your page, please hide my name as tak ramai lagi yang tau status kitorang sebab dia akan malu kalau akak tunjuk bukti kecurangan dan perempuan-perempuan yang ada dengan dia sepanjang perkahwinan kami. -Puan NI

Nota HF: Nasib baik akak ni pernah juga beli rumah walaupun kongsi bersama ex-husband. Sekurang-kurangnya dapat tunai RM100k untuk memulakan hidup baru bersama anak-anak.

Kredit oleh Harith Faisal.

Author: JVC

Leave a Reply