Kali ni Ena mahu berkongsi pasal serum yang dijual di Watsons. Sengaja sebut terus nama kedai supaya senang, kalau cakap drug stores nanti orang pergi cari di kedai lain dan takut tidak jual pula. Sebab ada sesetengah jenama sahaja yang dijual di Watsons .
Apa beza serum dgn essence? Kalau dulu memang ada perbezaan sikit. Sedikit saja, tidak banyak. Cuma serum ni teksturnya lebih pekat berbanding dengan essence dan fungsi dia merawat kulit dengan lebih baik sehingga ke lapisan dalam kulit. Essence banyak digunakan sebagai bahan anti penuaan di dalam produk-produk kecantikan. Tetapi sekarang mereka guna kedua-dua nama sebab fungsi sudah sama.
Harga serum memang mahal sedikit dari skin care range yang lain sebab bahan-bahan yang kesemuanya sangat-sangat pekat. Okay, mula-mula skali benda yang anda wajib tahu apa itu serum, kenapa, bagaimana, mengapa kena perlu ianya digunakan.
Serum adalah salah satu skin care yang perlu dipakai selepas anda mencuci muka, pakai toner dan sebelum pakai pelembab. Serum mempunyai bahan-bahan yang terbaik untuk terus meresap masuk hingga ke dalam kulit sebab molekul-molekul serum yang kecil. Jadi, serum rawat kulit dari dalam. Tidak kisah kalau ada masalah kulit apa. Serum memang hebat dalam menangani masalah kulit. Tapi kalau hampa tak cuci muka bagi bersih, buat double cleanse pun tidak guna. Sebab kotoran dan dead skin yang ada boleh menyukarkan serum serap dengan lebih baik.
Serum mestilah dipakai selepas toner, sbb toner dapat membantu serum serap lebih cepat. Serum ada cara nak letakkan. Sambil apply sambil itu kita urut permukaan kulit. Mahu apply apa-apa jenis skin care mestilah berlawanan arah bulu roma. Haaa nampak atau tidak bulu roma anda jatuh ke bawah atau pun naik ke atas?
Jadi cara yang terbaik untuk serap dengan cepat adalah dengan mengurut dari bawah ke atas. Dari bawah pipi ke tepi dahi. Dari bawah hidung sehingga ke tengah dahi. Barulah serum cepat meresap ke dalam kulit dan dalam pada masa yang sama, boleh massage kulit dan membuatkan kulit menjadi semakin anjal.
Jadi di sini Ena kongsian jenis-jenis serum yang Ena rasakan terbaik untuk dicuba. Tidak semua jenama ada. Kalau anda pernah mencuba jenama yang tidak ada dalam senarai ini, boleh anda kongsika di ruangan komen macam biasa. Walau bagaimanapun, bukan semua produk skin care sesuai dengan kulit kita. Mungkin ada sesetengah orang sensitif dengan bahan-bahan tertentu. Jadi, jangan salahkan produk dan jangan salahkan kulit anda juga.
1. Eucerin Dermo Purifyer Concentrate Serum
- Buatan Jerman
- Harga RM75
- Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat yang besar-besar dan kulit yang berminyak. Juga sesuai untuk kulit yang sensitif. Dermatologically tested.
2. Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum
- Buatan Taiwan
- Harga RM55
- Sesuai untuk muka berminyak dan berjerawat serta kusam. Sesuai untuk semua jenis kulit.
3. Naruko Raw Job’S Tears Pore Minimizing & Brightening Essence
- Buatan Taiwan
- Harga RM55
- Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah pori yg terbuka, kulit kusam.Sesuai untuk semua jenis kulit.
4. Pure Beauty Pink Pore Perfection Essence
- Buatan Korea Selata
- Harga RM72.90
- Sesuai untuk mereka yg mempunyai masalah kulit berminyak dan pori terbuka. Untuk kombinasi jenis kulit pun boleh. Macam dalam kulit kering, tetapi kering ataupun berminyak pada permukaan.
5. Hada Labo Airbutin Whitening Essence
- Harga RM80.00
- Sesuai untuk mereka yg fokus untuk kulit cerah sekata bak dinding. Sesuai untuk semua jenis kulit.
6. Eucerin White Therapy Concentrated Serum
- Harga RM165.00
- Sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk siapa-siapa yang mahukan kulit muka cerah berseri dan untuk kurangkan pigmentation (bintik hitam)
7. Bio-Essence Tanaka Bio White Advance Whitening Serum
- Harga RM99.90
- Sesuai untuk mereka yg mengalami kulit kusam dan mempunyai bintik2 hitam. Sesuai untuk semua jenis kulit.
8. Loreal White Perfect Laser Derm White Essence
- Harga RM90.56
- Sesuai untuk mereka yang mahukan putihkan kulit muka walaupun tangan lebih gelap daripada kulit muka. Sesuai untuk semua jenis kulit.
9. Clinelle Whiten Up Brightening Serum
- Harga RM89.90
- Tidak mengeringkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.
10. Clinelle Pure Swiss Hydracalm Serum
- Buatan Perancis
- Harga RM79.90
- Sesuai untuk kulit normal dan kering.
11. Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Essence
- Buatan Jepun
- Harga RM80.00
- Sesuai untuk mereka yang mahukan kulit yang lembab macam artis Korea. Basah-basah berkilat gitu. Sesuai untuk semua jenis kulit.
12. Avene Hydrance Optimale Hydrating Serum
- Buatan Perancis
- Harga RM115.00
- Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit yang sangat kering dan sensitif yang melampau.
13. Bio-Essence Bio-Bounce Bird’S Nest Collagen Essence
- RM79.90
- Berfungsi untuk merawat dan melindungi kulit dari awal. Sesuai untuk semua jenis kulit. Sesuai untuk umur 25 ke atas. Produk ini ada fungsi anti penuaan juga.
14. Bio-Essence Radiant Youth Essence
- RM105.90
- Teksturnya agak berminyak sebab dia dapat mengelakkan kulit darpada kering. Sesuai untuk sesiapa yang ada masalah jerawat juga. Sebab dia ada Royal Jelly yang sangat berkhasiat untuk memulihkan permukaan kulit.
15. Nutox Renewing Treatment Essence
- RM75.90
- Sesuai untuk umur 25 ke atas yang ingin tampak kekal muda. Sesuai untuk kulit kusam juga. Untuk tampak lebih berseri. Seperti duta dia Fazura.
16. Clinelle Caviar Gold Firming Serum
- Harga : RM101.70
- Sesuai untuk mereka yg berumur 30 ke atas untuk tujuan mengurangkan atau mengelakkan kedutan pada wajah. Ataupun mereka yang mempunyai bintik-bintik hitam akibat melanin dalam kulit.
17. Loreal Revitalift Laser X3
- RM98.24
- Sesuai untuk mereka yg mempunyai masalah kulit seperti bintik hitam, garisan halus ataupun kedutan pada wajah. Sesuai untuk wanita yang berumur 30 ke atas. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Sumber : Azreena Azmi
Yang nak cuba buat sendiri serum, boleh dapatkan informasi dalam video dibawah: