Inilah Tanda-Tanda Hormon Tidak Seimbang, Wanita Perlu Tahu Sebelum Terlambat

Ramai wanita yang mengalami masalah hormon tidak seimbang tanpa menyedarinya. Selain haid yang tidak teratur, masalah hormon juga boleh menjejaskan fizikal dan emosi seorang wanita.

Bagi wanita yang menunjukkan tanda-tanda hormon yang tidak seimbang sehingga menjejaskan rutin harian, sis syorkan agar anda dapatkan nasihat atau rawatan doktor. Jangan biarkan sehingga ia menjejaskan tahap kesihatan anda.

Tanda-Tanda Hormon Tidak Seimbang

1) Kerap berasa lapar – Seringkali berasa lapar biarpun baru selepas makan, mungkin itu petanda awal anda mempunyai masalah hormon. Fungsi hormon thyroid adalah untuk membantu menyeimbangkan kadar metabolisme dalam dalam. Bila horman tidak berfungis dengan baik, ia akan menyebabkan anda kerap berasa lapar walaupun baru selepas menjamah makanan. Masalah hormon boleh membuatkan berat badan naik mendadak dan sebaliknya.

2) Masalah rambut gugur – Keguguran rambut menjadi antara salah satu tanda masalah hormon tidak seimbang. Jika rambut anda gugur dengan kadar yang banyak dan rambut kelihatan makin menipis tanpa sebab yang ketara, anda mungkin mengalami masalah hormon. Apabila hormon testosterone dihasilkan pada kadar yang lebih banyak, ia akan menyebabkan masalah keguguran rambut.

3) Gangguan emosi – Selalunya sebelum haid seorang wanita akan mengalami masalah emosi tidak menentu. Begitu juga dengan wanita yang telah menopause. Emosinya akan mudah terjejas atau menjadi lebih sensitif. Selalunya ini berkaitan dengan masalah hormon yang tidak stabil. Berasa ‘moody’ sejurus sebelum datang haid memang disebabkan oleh masalah hormon yang tidak seimbang.

4) Mudah berasa letih – Jika anda sering berasa letih dan lemah badan tanpa sebab, ia mungkin ada kaitan dengan masalah hormon. Kadar hormon thyroid yang rendah boleh menyebabkan badan anda kerap berasa lemah dan letih. Dan sebaliknya jika hormon ini berada pada tahap yang tinggi, anda mungkin akan menjadi terlebih aktif.

5) Jerawat – Pertumbuhan jerawat yang banyak di muka juga boleh disebabkan oleh masalah hormon. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan muka lebih berminyak yang menjadi punca jerawat dan jeragat.

Jika anda mengalami tanda-tanda hormon tidak seimbang seperti yang dinyatakan di atas, jangan menderita seorang diri. Dapatkanlah nasihat dari doktor. Selalunya dengan mengubah cara pemakanan dan mendapatkan gaya hidup yang lebih aktif boleh membuatkan anda berasa lebih sihat.

Author: JVC

Leave a Reply