Ubi kayu adalah tanaman yang agak mudah untuk mendapatkan hasil. Jika pandai, hasil ubi akan menjadi lebih banyak dari kebiasaan. Hasilnya boleh menjana pendapatan yang lumayan bagi para pekebun atau pengusaha jika tips dibawah diamalkan ketika penanaman ubi kayu. Kelar Batang Ubi Kayu Sebelum Semai Untuk Hasil Yang Banyak
Ubi kayu mengambil masa 7-12 bulan untuk dituai hasilnya. Tapi, rasa agak keciwa apabila hasilnya dituai tak berbaloi dengan masa menunggu. Adakalnya hanya 1 atau 2 umbisi sahaja yang menjadi.
Bagi pengusaha ladang ubi kayu mungkin teknik ini sudah menjadi kebiasaan. Namun bagi petani di Thailand, ia mrupakan teknik WAJIB buat untuk hasilkan umbisi yang bayak dari satu pokok.
Selain perlu ditanam secara condong, batang ubi yang disemai perlu dipotong atau lukakan sedikit di beberapa bahagian. Dari bahagian yang luka akan mengeluarkan banyak akar secara mudah. Jika dibandingkan cara tradisional, hanya bahagian pangkal yang dipotong akan mengeluarkan akar
1) Gunakan Pisau Tajam Untuk Kelar Batang Ubi. Boleh asah dahulu, biar sampai tajam.
2) Kelar Seperti gambar diatas ni.
3) Hasilnya seperti ini….. hebatkan.
4) Memang Menjadi Cara Ini. Kalau nak hasil yang lumayan, sila cuba.
Selamat Mencuba semuanya…..