Sudah Lama Berkahwin Tetapi Belum Dikurniakan Cahaya Mata, Cuba Amalkan Petua Buah Zuriat

Assalamualaikum, hari ini admin ingin berkongsi petua yang kami dapat dari Puan Nurul Balqis. Jom baca petua yang Puan Qis amalkan sehingga dia berjaya hamil.

Selamat petang semua. Qis ada janji ngan korang untuk share petua dan cara yang Qis amalkan sehingga berjaya dapatkan zuriat setelah 2tahun mendirikan rumah tangga. Harini Qis akan kongsikan petua yang Qis amalkan.

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah s.w.t setelah 2 tahun Qis dan suami usaha untuk mendapatkan zuriat, akhirnya kami berjaya. Tempoh 2tahun mungkin sekejap bagi mereka yang ambil masa lebih lama dari kami. Tapi bagi kami, dua tahun tu tempoh yang lama untuk menunggu kehadiran roh dalam rahim ini.

Jom baca perkongsian Qis, InshaAllah dengan izin Allah s.w.t awak semua yang masih tertunggu-tunggu juga akan berjaya. Yang penting kita percaya dengan rezeki-Nya. InshaAllah. Qis berani kongsi, kerana petua ni betul-betul berjaya dan sesuai dengan mereka yang mempunyai masalah sama seperti Qis.

Semoga perkongsian ini dapat memberi motivasi kepada korang yang senasib seperti kami untuk teruskan berjuang tanpa mengalah. Chewahh. Hehe

Selepas setahun kami berkahwin, Qis dan suami membuat keputusan untuk berusaha mendapatkan zuriat. Bermacam-macam cara kami lakukan, makan suplemen, pergi mengurut dengan 3orang bidan, makan acid folic, ubat moden, ubat tradisional semua kami dah ambil. Namun, tetap juga tak berjaya. Masalah Qis tetap tak berubah. Setahun hanya dua kali dapat merasa datangnya darah haid. Akhirnya, kami pergi ke klinik untuk berjumpa doktor dan mendapatkan nasihat dari yang pakar. Kata-kata doktor amat menyedihkan dan menghampakan kami. Doktor ada bagitahu, masalah macam Qis ni memang susah nak dapatkan zuriat kalau tak dirawat.

Pada tahun kedua, kami menerima berita gembira. Kawan baik Qis, yang senasib dengan Qis memberitahu yang dia dah berjaya hamil hanya sebulan mengamalkan minum air rebusan buah zuriat. Dan dia suggestkan kat Qis untuk usaha benda yang sama. Kebetulan pula, kawan Qis ada pergi ke Mekah dan sudi carikan Qis buah zuriat dekat sana. Alhamdulillah.

Apa buah zuriat ni? Apa kelebihannya?

Ada juga yang panggil buah zuriat ni, buah Adam dan Hawa. Buah ni, pokoknya dekat Mekah dan Madinah (tanah arab) sangat banyak. Kelebihan buah zuriat ni pula:-

-Merawat masalah kesuburan sperma lelaki dan ovum wanita.

-Menambah kepekatan air mani lelaki, menguatkan dinding rahim wanita. Sangat sesuai untuk wanita yang pernah keguguran, mandul, dan tidak pernah mempunyai zuriat lagi.

-Mengaktifkan sel darah yang baru, muda dan hormon yang subur tanpa menjejaskan sel-sel lama.

Alhamdulillah, dengan izinNya setalah sebulan Qis amalkan minum air rebusan buah zuriat ni, Qis juga telah berjaya hamil pada bulan seterusnya.

Bagaimana cara nak amalkan, cara nak rebus, cara nak kopek buah yang terlalu keras ni. Begini cara nak proses buah zuriat ini:

Mesti guna 2 biji ya. Buah ini sangat keras! Si suami la yang kena tunjuklam kejantannya.

Buang dulu lapisan pertama. Kena sabar ye.

Buang lapisan pertama sampai jumpa tempurung begini. Dia punya keras hanya Allah yang tahu.

Bila tempurung sudah pecah. Jumpa lah isinya.

Tadaaa.. ini lah isi buah zuriat.

Kemudian, belah dua begini ya.

Potong kecil-kecil begini.

Masukkan 3 cawan air dan rebus sehingga jadi kekuningan. Buah itu jangan dibuang. Boleh diguna semula sampai air rebusan jadi putih.

Inilah rupanya air rebusan buah zuriat. Macam air teh kan? Suami isteri kena minum ya. Minum seleps isyak pun bagus. Alhamdulillah, sebulan sahaja dah positif mengandung.

Semoga pasangan yang senasib dengan kami juga berjaya merasa saat-saat yang dinantikan ini. Terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa doakan kami. Sekarang kandungan Qis dan cecah 4bulan. Doakan kandungan Qis sihat dan selamat sehingga dia keluar ye ?

Cuma pesan Qis satu je, Jangan mudah mengalah & teruskan usaha. Allah menduga hambanya kerana Allah tahu hambanya kuat menghadapi dugaan itu.

Kawan-kawan boleh la share petua ni, agar ramai yang senasib dengan Qis dan kita sama-sama merasakan peluang ini. Qis doakan korang juga dapat merasakan saat-saat indah ini ❤

Kredit: Puan Nurul Balqis

5 Tip Hasilkan Air Rebusan Buah Zuriat

1. Belah Buah Zuriat

Belah buah zuriat (rujuk pada video cara-caranya) dan keluarkan isi dalamnya. Mindset kena POSITIVE! Buah ni memang keras, tapi bila kita setkan mind kita yang buah ni senang untuk dibelah, in shaa Allah mudah untuk kita belah.

“Orang Arab kata, betapa susahnya belah buah ini, begitulah payahnya ikhtiar kita untuk mendapatkan zuriat. Jadi teruskan ikhtiar dan jangan putus asa”

2. Rebus Isi Sahaja Sebab..

Ambil isi buah zuriat (yang warna putih) dan rebus sehingga air bertukar warna seakan-akan warna teh. Cara kak Sarah, hanya rebus isi sahaja, tak perlu sekali dengan kulit sebab ada yang perut sensitif dan akan cirit-birit. So, ambil isinya sahaja ya.

Cara minum air rebusan buah zuriat
1 cawan pagi
1 cawan malam
* minum bersama suami dan isteri

Macam mana rasa air buah zuriat

Air rebusan buah zuriat ini rasanya seakan-akan payau. Ada sesetengah orang tak tahan dengan rasa airnya. Saranan Kak Sarah, campurkanlah dengan pati delima atau pati kurma. Boleh jugakedua-duanya. Ini kerana, campuran ini tadi akan hasilkan rasa manis-manis kurma dan masam-masam delima. Taklah rasa tak sedap dekat tekak. Pati kurma ini pun bagus untuk meningkatkan tenaga. Macam sekarang Kak Sarah sedang breastfeed baby, jadi pati delima tu pekatkan susu badan.

Untuk isteri : Masa haid boleh stop minum dulu ya. Sambung minum semula selepas habis haid tapi kalau haid tak lawas atau sangkut-sangkut, boleh teruskan minum sehingga period lancar.

3. Boleh Ulang Rebus, Tukar Bila Warna Dah Jernih

Suami Isteri boleh buat stok air rebusan buah zuriat dalam fridge supaya air kekal fresh. Buah zuriat ini boleh diulang rebus selagi airnya masih kekal warna teh. Jika air bertukar warna jernih, bolehlah tukar dengan buah yang baru.

Ini contohnya :

Nak buat stok untuk 3 hari
So 1 hari = 4 cawan ( pagi dan malam / suami dan isteri )
3 hari x 4 cawan = 12 cawan
Letak dalam 12 cawan dan rebus air tu untuk stok 3 hari

Nota : Lebihkan sikit air sebab bila rebus, kuantiti air akan berkurang.

4. Amalkan Sampai 44 Hari Atau Sehingga Mengandung

Disarankan minum setiap hari sehingga 44 hari atau sehingga hamil. Jangan ikhtiar separuh jalanya.

5. Baca Selawat Dan Amal Surah Ini

Sebelum minum bersama suami dan isteri, niat dengan sejelas-jelasnya untuk ikhtiar hamil tahun ini. Contohnya, “Ya Allah, aku ikhtiar minum air buah zuriat ini untuk aku hamil tahun ini tahun 2018. Amin.

” Kemudian, bacalah Bismillah, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan diikuti surah Ali Imran,
ayat 38 dan 200.

Khasiat Buah Zuriat

Ikhtiar mendapatkan zuriat bagi pasangan yang telah lama berkahwin dan tidak mempunyai zuriat, insyaallah dengan izinNya jika meminum dan mengamalkannya. Allah SWT akan mudahkan.

  • Meningkatkan kesuburan seseorang
  • Menguatkan rahim
  • Merawat masalah keputihan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meningkatkan kualiti sperma
  • Melawaskan keluarnya darah haid
  • Haid teratur – Merawat tiub tersumbat
  • Mengandungi elemen zat besi yang tinggi mempunyai kadar antioksidan yang tinggi dan ianya mungkin menjadi penyebab dalam menyumbang kesuburan seseorang.

Sumber/Foto : Aura Kesuburan by KakSarah

 

Author: admin

Leave a Reply