Kehidupan rumah tangga ada turun naiknya. Adakala panas, adakala hujan. Tetapi itu lumrah pasangan suami isteri. Mungkin ada suami yang berasa pelik apabila isteri kadang-kadang marah-marah apabila anda pulang dari kerja. Sedangkan bagi anda, apabila anda balik rumah, semua perkara telah disediakan oleh isteri dan menganggap rumah ibarat syurga. Tetapi anda jangan musykil sekiranya ada saat isteri anda stress dan sebagainya. Anda mahu tahu kenapa?
1. Wanita dinilai dengan cara yang berbeza berbanding lelaki
Jika anak keluar rumah dengan pakaian yang tidak sesuai bersama si ayah, orang akan melihat dan berfikir, “Wah, bagus ayah dia, sanggup luangkan masa layan anak.”
Tapi jika anak berjalan dengan si ibu dengan penampilan begitu, pandangan orang akan berbeza terutama wanita lain. Mereka berfikir, “Ibu apa macam ni, pilih baju anak pun tak pandai. Jadi isteri mahu anak dalam keadaan elok sentiasa supaya pandangan orang lain terhadap dirinya juga elok.
2. Tertekan dengan penilaian orang lain
Wanita akan rasa tertekan apabila penampilan suami di tempat kerja dan anak di sekolah. Sekiranya tidak kemas dan tidak elok, orang akan menyangka mereka tidak menjaga minum pakaian suami dan anak-anak.
3. Suara hati isteri lebih tajam
Suami mungkin tidak perasaan pandangan keluarga sekiranya lambat hadir ke majlis atau kenduri keluarga. Ini salah satu penyebab stres kerana isteri faham akan pandangan ahli keluarga mertua sekiranya anda lambat sampai. Disebabkan itu kadang-kadang isteri marah kalau terlambat atau tidak menepati masa.
4. Selalu tak cukup tidur
Seperti diketahui manusia memang memerlukan tidur yang cukup. Jika tidak cukup tidur, semua perkara tergendala. Isteri perlu tidur yang cukup kerana mereka penat menguruskan rumah tangga. Kalau boleh suami tolong-tolonglah juga terutama apabila anak anda menangis ditengah malam.
5. Melaksanakan kerja rumah sangat penting
Isteri akan pastikan keadaan rumah kemas. Apa juga keadaan, mereka akan pastikan rumah tidak berselerak. Ini dikira seperti markah buat isteri yang mana mereka dinilai dalam menguruskan rumah tangga.
6. Suami tidak memahami
Pernah atau tidak anda pulang dari kerja tiba-tiba anda minta itu ini dari isteri. Kemudian di dapur ada bunyi bising seperti keletung keletang. Itu tandanya isteri sedang menunjukkan emosinya. Jadi silalah bantu dan jangan meminta sahaja.
7. Isteri memiliki darah jenis A
Wanita dalam golongan darah jenis A biasanya teratur dan sangat terperinci. Jadi dia sangat terbeban dengan keadaan rumah yang tidak terurus atau bersepah. Suami pula boleh melihat perkara ini seawal perkahwinan lagi. Jika dia sentiasa mengemas sebaiknya suami jangan sepahkan. Jika tidak isteri boleh stres.
Berat hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang dikasihi, saya gagahkan mencatat. Ini adalah hal antara hidup dan m4ti.
Perhatikan angka-angka ini:
S – 33 tahun – k4nser payud4ra
M – 32 tahun – k4nser payud4ra
M – 35 tahun – k4nser s3rvik
E – 33 tahun – k4nser kelenjar
Z – 44 tahun – k4nser hati & s3rvik
M – 40 tahun – k4nser payud4ra & tulang
Catatan di atas adalah senarai rakan dan saudara yang dekat dalam hidup saya. Ditakdirkan mereka telah diduga s3rangan k4nser. Mereka ini bekerjaya, mempunyai keluarga, ada suami dan anak-anak. Satu hal penting perlu dicatat – mereka juga tidak culas membuat ujian kesih4tan setiap enam bulan atau setahun sekali.
Daripada enam sahabat saya ini, dua orang sedang berjuang, mengharapkan sokongan untuk sembuh. Empat yang lain sudah pergi dulu daripada kita yang bakal menyusuli mereka. Intipati tulisan ini sebenarnya hendak beritahu, semakin ramai wanita Malaysia mendapat k4nser ketika usia muda. Mengapa?
Kata doktor, pemakanan dan corak pemakanan adalah antara punca k4nser. Turut menyumbang ialah stres bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran.
K4nser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak. Sepuluh peratus lagi punca k4nser ialah kerana faktor keturunan. Kerap membuat pemeriksaan ulangan setiap enam bulan atau setahun sekali, bukan boleh dipercayai seratus peratus. K4nser boleh membiak dari Tahap 1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Menjelang hari ke lapan, k4nser sudah terus ke Tahap 4!
Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah.
Nasihat kepada golongan suami, tolonglah ringankan stres isteri. Anak-anak pula, tolong jangan serabutkan fikiran mak. Kawan-kawan perempuan, jangan pentingkan diri sendiri dan sesakkan fikiran kawan lain dengan hal remeh-temeh.
Stres adalah punca kemurungan. Apabila murung, sel k4nser akan bangkit bermaharajalela!
Terima kasih Drzubaidi HjAhmad. Komen Dr menginspirasikan tulisan ini. Kita tidak mahu lebih ramai lagi wanita menderita k4nser pada usia muda.
Kredit: Pn Sri Diah Shaharuddin