Si Pemilik Lesung Pipit Hanya Ada 20% Saja Di Dunia, Ini Kelebihan Yang Ada Pada Pemiliknya

Lesung pipit ataupun lesung pipi adalah lekukan yang ada pada kulit yang membentu pada bahagian pipi hanya beberapa orang yang memilikinya dan akan mudah kelihatan jika seseorang itu mengukirkan senyuman.

Jika lelaki yang memiliki lesung pipit, kemungkinan akan susah dilihat, ini kerana lelaki sangat suka menyimpan jambang. Malah, ada juga yang sanggup menahan sakit membuat lesung pipit palsu. Sangat bertuah bagi yang memiliki lesung pipit ini.

1. 20% saja yang ada lesung pipi

Menurut kajian, terdapat 20% saja manusia di muka bumi ini yang mempunyai lesung pipi. Tahukah anda, lesung pipi merupakan kecacatan comel yang semua org idamkan. Sangat bertuah empunya badan yang ada lesung pipi ni.

2. Daya tarikan

Tambah pengkaji lagi, lesung pipit merupakan salah satu tarikan yang boleh menarik minat siapa saja yang memandang. Walaupun muka tidak secantik atau setampan model, dengan adanya lesung pipit, sudah pasti anda akan kelihatan manis dan comel.

3. Awet muda

Pakar saintis juga telah menyebut, kelebihan yang ada pada seseorang yang mempunyai lesung pipit ini membolehkan empunya badan kelihatan muda dari umur yang sebenar. Muka seakan-akan ‘babyface‘ macam itu. Semestinya bagi yang tidak ada lesung pipit, banyak yang cemburu gamaknya.

4. Aura keceriaan terserlah

Setiap senyuman yang di ukir oleh si pemilik lesung pipit, sampaikan mata-mata yang memandang pun boleh terpikat dengan senyuman dia. Terserlah kecomelan terpampang pada wajah ditemani si lesung pipit.

5. Banyak artis-artis pujaan yang ada lesung pipit

Sudah kita sedia tahu, dalam ramai-ramai artis di Malaysia yang mempunyai lesung pipit sudah pasti kita akan tahu Wawa Zainal. Artis ini memang terserlah kecomelannya yang mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Manakan tidak Airel Zafrel terpikat cinta pandang pertama terus dilamar jadi isteri.

Bagi yang tidak mepunyai lesung pipit, seeloknya anda mencari pasangan yang ada memiliki lesung pipit. Kalau tidak, anda impikan saja anak-anak anda saja yang akan memiliki lesung pipit sebegitu. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Terima dengan hati terbuka, walaupun tidak ada lesung pipit yang penting hati kena baik barulah orang pandang muka anda jadi sejuk saja.

Author: admin

Leave a Reply