Tips Umum

Sebelum Korang Masuk Rumah Baru, Ini Senarai Bajet Lengkap Supaya Tidak Jadi Beban Hutang.

Siapa sahaja yang tidak teruja untuk pindah masuk ke rumah baru. Namun begitu, kos untuk permulaan masuk rumah baru boleh menjadi beban hutang yang baru jika seseorang itu gagal untuk menguruskannya dengan betul.

Ikuti bebenang yang disediakan oleh @Sophiealyahya yang berkongsi info tentang bajet permulaan masuk ke rumah baru.

Saya faham, kebanyakan yang beli rumah baru ni anak-anak muda yang tak boleh expect gaji mereka tinggi untuk mempunyai segedebuk terus wang yang besar lebih-lebih lagi kalau makan gaji.

Saya bahagikan keperluan ni ikut kategori dan berdasarkan rumah apartment/kondo bersaiz 850 kaki persegi. Harga yang saya sertakan ialah harga yang quite reasonable. Maybe ada certain case boleh dapat murah sikit, mahupun mahal sedikit. Ikut material & spesifikasi barang.

Plus minus la gittew

BERAPA BAJET PERLU DISEDIAKAN UNTUK MASUK RUMAH BARU?

1.SAFETY :
Grill. Memang perlu. Untuk semua tingkap, sliding door, entrance door, yard = RM3800

2.WIRING :
Beli lampu dan kipas serta kos pemasangannya.

Cara kira :

Anggaran 1 kipas siling:RM200 ,1 lampu downlight :RM15.

Kos pemasangan 1 kipas : RM40,1 downlight RM25. Let say 5 fan point with hook & point lampu sebanyak 22.

Jadi : Kipas : (RM200+RM40) x 5 = RM1,200 Lampu downlight : (RM15 + RM25) x 22 = RM880 Total = RM2,080

(p/s: kipas siling putih yang macam rumah lama tu dalam RM160 boleh dapat)

3.Built in furniture.
: Kitchen Cabinet, Wardrobe, TV Console.

A)Untuk kitchen cabinet
Antara RM6,000-10,000 tu dah kira okay la boleh dapat full set dengan accessories depend pada material dan brand accessories yang korang nak.

Accessories tu termasuk water tap, sink, hob & hood, hanging dishrack .Ni jenis yang linear la, dengan table top jenis HPL, solid surface atau Quartz. Kalau berangan nak L shape la, bar table, island, sila letak budget yang tinggi sedikit.

Jadi let say, saya letak untuk kitchen cabinet lengkap dengan accessories ya. = RM10,000

B)Wardrobe.

Ini terpulang. Nak pakai almari jenis beli kat kedai perabot pun boleh. Tapi saya kongsi untuk kalau nak buat jenis built in ya. Lebih kemas, tinggi boleh sampai siling dan tak trap dust di ruang atas. Banyak barang boleh dimuatkan termasuk luggage.

Master bedroom : RM4,500

Bedroom 2 : RM2,000

Bedroom 3 : RM2,000 Total = RM8,500

C) TV Console
Sama juga, kalau taknak built in boleh beli kat IKEA ke mana-mana. Cuma TV Console jenis built in you boleh customize design dan material. Design simple boleh dapat dalam RM1,500. Anggaran dalam RM1500-3000. Let say saya ambil yang kos tengah-tengah = RM2500.

4.Tingkap di Yard
Biasanya, orang tutup ruangan terbuka tu dan jadikan dapur basah atau tempat laundry. Jadi saya kira sekali anggaran untuk pasang tingkap kaca : RM2000 Jadi setakat ni kos keseluruhan dari item 1-3 dah jadi = RM28,880

Dah hampir 30k bukan, tanpa perabot?

Jom kita tengok tambahan mengada-ngada. Maksudnya, kalau tak buat pun takpe. Kalau feeling-feeling best, ada budget then rasa nak buat boleh consider la.

5.Lantai Vinyl
Kemasan kayu ada banyak jenis, different method of installation, so yang saya cakap ni vinyl, antara kemasan yang murah kalau nak consider kemasan nampak macam kayu. Untuk satu rumah tak termasuk bilik air, sekali skirting = RM5,000

6.Plaster ceiling L-Box dengan lampu T5. RM10,000.
Kalau plaster ceiling rata lebih murah. Tapi kalau nak rata saya suggest lebih baik guna je dulu siling yang ada ya. Jadi kos setakat ni dari no 1-6 dah jadi RM43,880.

Bagaimana pula dengan perabot? Atau kelengkapan lain? Ini adalah budget yang saya rasa, saya sendiri willing nak keluarkan kalau rumah yang saya cerita ni rumah saya. Haha. Maksudnya, kualiti yang masih reasonable untuk orang yang nak mulakan hidup di rumah baru.

7.Meja makan 4 seater : RM800

8.Sofa 3 seater dengan meja depan TV: RM1800 (tak suggest sangat perabot yang ada 3 unit sofa sebab rumah ni tak besar sangat, L shape still okay. )

9.Set katil Queen bedframe dengan mattress : RM1000

10.Curtain railing & curtain : RM1000

Sekarang kos dari 1 hingga 10 dah jadi RM48,480. Breakdown yang saya bagi ni pun, kalau nak ikutkan, macam saya cakap tadi, plus minus la. Of course banyak lagi nak kena beli kan macam kitchen utensils, bed mattress, bantal apa semua, karpet, bilik 2 dan 3 punya katil lagi..

So betullah rakan saya yang merupakan seorang senior interior designer dia kata kalau orang nak hire dia, dia akan telus je. Anggaran nak masuk rumah kalau setingkat (standard apartment/kondo) bermula dari RM50,000 ke atas. Rumah landed 2 tingkat, anggaran dalam RM100,000 keatas.

Ada juga ID yang ambil ikut kaki persegi. Contohnya, bermula RM90 per kaki persegi. Jadi, anda darablah dengan 850 kaki persegi tadi, ada dalam RM76,600. Jadi janganlah merungut ya. Kumpul duit dari sekarang mana yang lagi 2, 3 tahun nak dapat kunci rumah baru tu.

Untuk yang belum ada rumah,anggap lah ni sedikit info saya kongsi untuk anda.Ada juga orang yang sanggup ambil personal loan untuk dapatkan interior design idaman,which of course la saya tak galakkan sahabat2 twitter untuk berhutang ye.Cukuplah rumah baru dah loan. Ikutlah kemampuan.

Jadi terpulang, nak buat semua ni sendiri ke nak hire kontraktor. Kelemahan buat sendiri, ada kebarangkalian nak kena tipu. Lagipun, sanggup ke nak ambil cuti selalu untuk jaga rumah baru anda waktu installer atau wiring man apa semua tengah buat kerja?

Sumber : Twitter Sophie Al-Yahya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50 − 41 =