Inilah Sebabnya Kenapa Semut Suka Bersarang Dalam Suis Elektrik, Jika Dibiarkan Boleh Datangkan Bahaya

Semut merupakan antara serangga yang paling selalu kita temui di rumah. Boleh dikatakan setiap rumah mesti akan ada semut.

Semut biasanya sukakan benda-benda yang manis dan jika kita malas nak kemaskan atau tidak bersihkan rumah dengan baik, maka kemungkinan besar akan ada sesuatu tempat yang menjadi tempat semut bersarang.

Salah satu tempat yang sering jadi tempat semut bersarang ialah dalam suis elektrik di rumah. Pelik juga kan, dalam banyak-banyak tempat kenapa dalam suis itu juga yang menjadi pilihan semut-semut ini untuk bersarang.

Tapi pernahkah anda terfikir kenapa semut suka bersarang di dalam kotak suis elektrik? Menurut Public Health Malaysia, semut-semut suka bersarang disana kerana tertarik dengan gelombang elektrik.

Renjatan elektrik akan membunuh semutsemut berkenaan dan membebaskan sejenis bahan kimia pheromones. Bahan ini akan menarik lebih banyak semut untuk datang dan lebih banyak semut akan dikenakan renjatan elektrik dan mati! Apabila terlalu banyak bangkai semut, barang elektronik akan rosak dan menyebabkan kerugian.

Akibatnya, suis yang menjadi tempat semut-semut ini bersarang biasanya akan cepat rosak dan terpaksa digantikan dengan yang baru. Malah ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada peralatan elektrik.

Oleh itu, bagi menghalang perkara ini daripada berlaku, anda boleh ikuti beberapa cara di bawah ini:

  • Pastikan ruang ruang barang elektrik di rapatkan
  • Letakkan bahan penghalau semut di kotak elektrik
  • Sentiasa prihatin jika nampak semut mula berkumpul di barang elektrik
  • Lakukan pembersihan dengan berkala

Kredit: Public Health Malaysia

Author: admin

Leave a Reply