Hanya Guna 5 Bahan, Resepi Mango Float Popular Dari Filipina Sedap Dan Mudah

Cuaca panas-panas ni terasa nak makan manisan atau hidangan pencuci mulut yang masam-masam manis. Ha, ini dia! Kami kongsi resepi pencuci mulut ‘Mango Float’ sesuai sangatlah untuk tekak korang yang nak rasa kemanisan mangga dan kelemakkan kejunya.

Hidangan ini bukan sahaja sesuai untuk dijadikan juadah berbuka tapi sesuai juga dihidangkan untuk sebarang majlis sebagai sajian pencuci mulut. Mesti ramai yang suka!


Jom kita tengok cara-cara nak buat ‘Mango Float’ ni.
Bahan-bahan : 

  • 2 biji buah mangga Biskut cream cracker secukupnya
  • 1 cawan cream cheese
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan whipping cream

Untuk tabur pada bahagian atas : Biskut cream craker yang telah diramas halus

Cara penyediaan :

  1. Putar whipping cream dengan mixer hingga kental (anggaran 3 – 5 minit). Ketepikan.
  2. Putar cream cheese hingga menjadi sedikit kembang. Kemudian masukkan susu pekat dan putar bersama. Satukan whipping cream bersama adunan ini dan kacau sebati.
  3. Ambil bekas yang sesuai dan ratakan adunan cream tadi secara nipis pada dasar bekas. Celupkan kepingan biskut cream cracker ke dalam susu segar dan lapiskan di atasnya. Ratakan lapisan seterusnya dengan cream lagi. Kemudian susun potongan mangga diatasnya.
  4. Cara susunan bermula dari dasar : cream, biskut, cream, mangga. Ulangan proses ini hingga habis. Terpulang kesukaan anda berapa lapis.
  5. Pada lapisan paling atas, taburkan biskut yang telah dihancurkan. Letakkan potongan mangga.
  6. Sejukkan dalam peti ais 4 jam sebelum dimakan.

Sumber: Yummy

Author: JVC

Leave a Reply