Boleh cuba ini resepi Kek Buah Kukus sedap dan mudah sahaja, Insya Allah semua orang boleh buat sendiri sahaja dengan mengikut panduan yang diberikan di bawah. Selamat mencuba yeaa.
Bahan A:
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan air panas
- 250g (1buku) butter
- 3 cawan mix fruit
Cara-caranya:
- panaskn gula dalam kuali hingga berwarna perang gelap (guna api kecil)
- masukkn air panas perlahan2 dan masak semula hingga gula larut.
- masukkn butter dan kacau hingga butter cair.
- masuk pula mix fruit,masak hingga mendidih angkat dan biarkan sejuk.
Bahan B:
- 300g tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)
Cara-caranya:
- ayak bahan2 3 kali
- masukkn ke dlm adunan A sikit2 sambil dikacau hingga rata.
Bahan C
- 3 biji telur gred A (kalau telur kecik guna 4 biji)
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:
- pukul telur hingga kembang berbuih, masuk dalam adunan tadi dan kacau hingga rata.
- boleh tambah 2 sudu besar sunquick jika suka.
- tuang adunan dalam loyang yang telah disapu minyak dan dialas baking paper. (jika guna acuan plastik, sapu minyak shj)
- tutup loyang dengan plastik supaya wap dari penutup kukusan tak jatuh atas kek, boleh juga balut penutup kukusan dengan kain.
- pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek.
- kukus kek selama 2 jam.
Sejam yang pertama kukus guna api sederhana dan sejam lagi guna api kecil.
Apabila kek dah masak, tutup api, buka penutup dan biarkn kek atas kukusan hingga kek suam baru diangkat. (Supaya buah dlm kek tak turun ke bawah)
Kalau nak potong sila tunggu sejuk dulu barulah potong yea.
SELAMAT MENCUBA
Credit : Maz Abdul