Petua Mujarab Rawat Sakit Gout. Mudah Je 2 Hari Minum Dah Nampak Kesan Positif

Penyakit gout berlaku bukan hanya pada orang tua, bahkan orang muda juga tidak terkecuali. Ia berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.

Apabila berlebihan dan tidak dibuang menyebabkan ia berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Bagi anda yang ingin mencuba perubatan tradisional selain pengambilan ubat yang disarankan doktor, admin mahu kongsikan petua mudah yang menggunakan tiga bahan di dapur sahaja. Petua ini dikongsikan oleh Netty Ah Hiyer Tulis di laman facebooknya.

Rumput Susu Nabi / Ara Tanah Penawar Sakit Gout

  • Rumput ini tumbuh melata. Dekat keliling rumah dicelah-celah rumput yang lain. Selalu saya buang saja. Sampailah gout en Yem datang semula. Aduh kasihannya. Jalan berjengket-jengket, tumit tak boleh cecah lantai. Sakit yakmat.
  • Urat macam ditarik-tarik. Berdenyut-denyut tak boleh tidur. Beberapa hari lepas nampak tips dikongsi pakar tumbuhan. Katanya, pokok ara tanah ini penawar gout. Perati betul, rupanya rumput susu nabi tu.

#kaknettykongsitip

Carilah keliling rumah. Jumpa empat lima pokok. Cabut sekali akar-akarnya. Bersihkan bersih-bersih. Ambil periuk kecik, rebus dengan sukatan air agak-agak je.

Bila warna air bertukar kuning dapatlah secawan. Minum bila suam. Esoknya buat lagi, kali ini air dan rumput susu nabi tu banyak sedikit. Dapatlah satu flask. Simpan minum secawan sehari. Air kosong memang kena minum banyak.

Tak berani nak tanya en Yem apa rasa, sebab ofkos tak sedap.. huhu. Bila dah sakit, sedap bukan lagi priority. Kata en Yem, jadi kerap buang air kecil nanti. Alhamdulillah, lepas dua hari boleh menapak tumit tu. Kalau tidak sebelum ini mahu seminggu terseksa cam gitu. Kesian sungguhlah.

Lepas ini kena teruskan minum, sebab saya baca kalau diamalkan, insyaAllah gout boleh menghilang. Tapi, pantang larang lain pun kena jaga sama. En Yem elak sotong, udanglah buat sementara ini. Sebab pantang dia memang tak boleh langsung dengan sotong. Terhirup kuah ada sotong pun boleh jadi.

Minum air kosong kena banyak.

Author: admin

Leave a Reply