Tuan Guru Harun Din Pernah Pesan Cuba Berjalan Atas Rumput Tak Pakai Kasut, Ini Sebabnya

Allayarham Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din pernah pesan ‘kalau boleh cuba berjalan kaki ayam atas rumput tiap2 hari…’

Coach Zack menperjelaskan bahawa tentang konsep bumi sering dipanah petir beribu kali setiapa hari dan setiap kali dipanah petir ia akan meninggalkan trilion cas negatif. Jadi bumi kaya dengan cas negatif yang tunggu disedekahkan kepada badan kita.

Badan kita banyak terima cas positif yang terhasil bila tonton tv, main HP, komputer dan talian eletrik. Terlalu banyak cas positif dalam badan adalah tidak baik untuk kesihatan.

Sila tonton video di bawah untuk info lanjut

Anda mesti tak tahu yang berkaki ayam di rumput banyak manfaatnya. Berjalan tanpa kasut di atas rumput boleh menyihatkan kaki. Ini diantara manfaat berjalan di atas rumput tanpa kasut atau berkaki ayam.

1. Menjaga kesihatan kaki

Bagus untuk meregangkan dan menguatkan otot-otot, tendon dan ligamen di bahagian pergelanga kaki dan betis. Menjaga postur tubuh agar tetap tegak dah mengurangkan risiko kapalan dan kekakuan pada tapak kaki.

2. Membantu mengurangkan STRESS

Kombinasi udara segar, sinar matahari yang panas, lingkungan hijau dan suasana pagi banyaj manfaat kesihatan. Oksigen segar baik untuk organ tubuh anda, Matahari memberikan Vitamin D dan suasana tenang membantu seluruh tubuh dan pemikiran kita berasa tenang. Semua ini akan membantu kita mengurangkan stress. 1 Hari 30 minit berjalan di rumput tanpa kasut akan membantu anda dengan kegiatan seharian.

3. Mempertajamkan Penglihatan

Berjalan di atas rumput tanpa kasut memberikan tekanan maksimum pada jari pertama, kedua dan ketiga yang merupakan titik tekanan refleksologi utama untuk mata. Dengan merangsang titik-titik ini akan membantu meningkatkan penglihatan. Selain itu warna hijau pada rumput dapat membantu menenangkan mata.

4. Meningkatkan Elektron dalam tubuh

Berjalan tanpa kasut juga memudahkan Elektron yang berada di permukaan bumi di transfer ke dalam tubuh kita dan meningkatkan perubahan fisiologis yang menarik. Elektron ini memiliki efek antioksidan yang membantu melawan stress oksidatif yang berhubungan dengan peradangan dan penyakit.

5. Memenuhi pengambilan Vitamin

Berjalan tanpa kasut di bawah sinar matahari juga bagus kerana matahari boleh memberi tubuh kita vitamin D . Vitamin D membantu menjaga tulang agar tetap sihat dan mencegah osteoarthristis dan penyakit sendi lain. Vitamin D juga membantu menurunkan hipertensi, penyakit j4ntung, di4betes tahap 1, multiple sclerosis, penyakit Alzheimer dan beberapa k4nser tertentu. Vitamin D juga sangat penting bagi wanita hamil.

Author: JVC

Leave a Reply