Peniaga Ini Kongsikan Resepi Cara Buat Bancuhan Cempedak Goreng Untuk Lebih Rangup dan Sedap

Sekarang musim cempedak, banyak orang jual di tepi jalan dengan baunya yang sangat enak boleh mengalahkan bau durian. Harganya pun boleh tahan makin mahal, sehingga boleh mencecah belasan atau puluhan ringgit sebiji.

Inikan pula cempedak yang sudah di goreng, pasti mahal harganya ada yang jual sampai 50 sen seulas. Buah cempedak ni selain enak dimakan begitu sahaja,  kalau yang goreng lagilah sedap nak nak pula kena dengan resepi yang rangup.

Jadi apakata kita goreng sendiri cempedak dan makan bersama keluarga, baru puas hati kan!. Jadi kami kongsikan resepi daripada peniaga yang bernama Yayar B. Awang Noh Cara Buat bancuhan cempedak goreng untuk lebih rangup dan sedap berdasarkan pengalaman dan ilmunya.

Resepi bancuhannya mempunyai sukatan tertentu dengan menggunakan tepung beras dan kapur makan selain tepung gandum untuk menjadikan bancuhan lebih rangup. Katanya kalau nak lebih sedap anda boleh tambah kelapa parut dan bijan.

Jom kita goreng – goreng untuk makan petang, takde cempedak boleh goreng pisang. Untuk resepi goreng cempedak ni kena kasi pekat sikit dari goreng pisang.

(Resepi untuk 2 sikat pisang) Cempedak sebiji, Resepi bancuhan cempedak goreng

  1.  Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap)
  2. Tepung gandum suku cawan
  3. Serbuk kunyit setengah sudu
  4. Kapur makan secoit
  5. Gula sesudu besar
  6. Garam sesudu
  7. Telur ayam atau itik sebiji

Tips extra; Kalau nak lebih sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan…

Selamat Mencuba!

Sumber: Yayar B. Awang Noh

Author: admin

Leave a Reply