Pelajar tahfiz perginya ketika tidur, jen4zah wangi ketika dikafankan

Seorang pelajar tahfiz, Muhammad Al Fatih Syukur, 18, ditemui menlnggal dunia di bilik tidurnya di Mesir pada 9 Februari lalu dipercayai akibat ser4ngan jantung.

Menurut sumb3r, arwah menyertai program Ma’had Syaraful Haramain di sini bermula 2018 yang lalu dan bakal melanjutkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar pada September 2021.

“Pagi ini ketika berita kem4tiannya terlintas di laman Fesbuk, saya tersentak kerana apa yang saya tahu arwah tidak mempunyai sebarang peny4kit sebelum ini.

“Muhammad al-Fatih Syukur adalah salah seorang pel4jar terbaik di sana dan antara yang terawal menghafaz 30 juzuk Al-Quran,” kata Zaenal Akhbar Mustaqin.


Menurut Zaenal lagi, arwah sering menjadi imam kerana memiliki suara yang merdu.

“Semalam dia mengimamkan solat Subuh, tetapi Maghrib Allah memanggilnya pulang ketika dia sedang berpuasa sunat,” katanya.

Arwah Muhammad Al Fatih tidak hanya menghafal Al-Quran, beliau turut menghafal Alfiyah Ibn Malik, iaitu kitab berima tatabahasa Arab yang ditulis oleh Ibn Malik pada kurun ke-13.

“Arwah juga pembawa moral dan adab yang luar biasa. Hampir tidak meninggalkan jejak keburukan, kecuali kebaikan, Allah mengasihi dia dan keluarganya. Pada usia 18 tahun, Tuhan memanggilnya.

“Namun, ayah dan ibunya yang bertuah dapat menuai kebaikannya. Semoga amal solehnya diterima oleh Allah dan semua dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT,” katanya.

Difahamkan, jen4zah Muhammad Al Fatih akan dibawa pulang ke pangkuan ibu bapanya  untuk dikebumikan.

“Semoga Allahyarham mendapat husnul khatimah dan keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan dan keredhaan. Aaminn.. Al-Fatihah,” katanya.

Author: Thaqif

Leave a Reply