Panduan Mencari Barang Hantaran, Bakal Pengantin Perlu Tahu

Dalam kesibukan menyiapkan perkara berkaitan majlis kahwin anda, pelamin kanopi dan sebagainya, perkara yang sangat penting ialah mencari barang hantaran buat pasangan. Jangan ambil mudah dan melengahkan masa. Biar membeli awal supaya selesaikan perkara wajib ini terlebih dahulu. Jadikan panduan ini untuk memudahkan anda kelak.

Buat senarai barang-barang penting

Ambil masa untuk duduk berbincang apa barang yang mahu dibeli. Tanya pada pasangan apa barang yang dia akan pakai, dan apa barang yang dia suka. Elakkan membeli barang yang tidak dipakai oleh pasangan, suatu pembaziran. Banyakkan berbincang supaya dapat selesaikan perkara ini segera.

Tentukan jumlah dulang hantaran

Jumlah dulang penting untuk ditetapkan. Kebiasannya jumlah hantaran dari lelaki dan perempuan tak sama. Akan lebih 2 dulang oleh pihak perempuan. Contoh :5 (dari lelaki) & 7 (dari perempuan)7 (dari lelaki) & 9 (dari perempuan). Jumlah ni tak tetap, boleh pilih ikut pada kemampuan.

Rancang bajet dengan bijak

Selepas senaraikan apa barang yang hendak dibeli, buat market survey harga barangan tersebut. Sesuaikan pula dengan bajet yang anda mampu.

Sentiasa tahu bila waktu promosi

Membeli barang semasa tempoh promosi bantu anda  jimatkan 10-20% perbelanjaan barang hantaran. Contoh jika korang bajet RM 100 untuk 1 pasang baju & seluar, pada waktu ‘sales’ anda boleh dapat 2 pasang baju dan 1 seluar. 1 pasang baju tu boleh guna buat kerja atau majlis lain. Jimat kan?

Dekorasi gubahan

Tidak semestinya dekorasi yang mahal itu tampal hebat. Jika pandai menggubah dengan kombinasi bunga-bungaan yang menyerlah warnanya,  pastikan ia nampak mahal dan cantik . Bonus buat anda yang tahu menggubahnya sendiri, lebih jimat dan tentunya memuaskan hati.

Pastikan hantaran disimpan dengan selamat

Hantaran yang sudah elok digubah, letakkan di tempat selamat dan jauh dari kanak-kanak.Jika ada kek, buah atau makanan yang mudah cair simpan di peti ais dengan teliti. Jika ada barang berkaca/mudah pecah bawa secara berasingan semasa majlis. Bagi barang-barang berharga seperti telefon bimbit, cincin, rantai dan sebagainya pastikan ia disimpan rapi sebelum dan selepas majlis. Selalunya barang hantaran mahal ramai mata memerhati.

Pastikan anda tidak membazirkan wang hanya untuk barang hantaran.

Author: admin

Leave a Reply