Dalam keadaan cuaca panas yang dijangka hingga Mac depan, kita pastinya akan berdepan dengan masalah kulit yang akan cepat jadi kering dan mudah terbakar. Dalam hal ini sangat digalakkan untuk memakai sunscreen bagi melindungi kulit kita dari pancaran sinaran UV matahari jika melakukan aktiviti di luar.
Walau bagaimanapun pemilihan sunscreen bagaimana yang sesuai dengan kulit wajah? Posting gadis ini menggunakan nama akaun @chizubunny di laman sosial yang berkongsi dengan pengguna laman sosial sunscreen mana pilihan mereka dan sesuai dengan kulit wajah.
Menulis thread di laman sosial twitter ramai yang berkongsi produk sunscreen yang digunakan. Kebanyakan didapati dan dibeli di drugstore dan setelah menggunakannya meninggalkan kesan sangat bagus.