Jika zaman dulu, memasak nasi atau sayur harus menyalakan dapur dan memasak nasi di dandang dapur kayu. Kali ini, memasak nasi dan sayur-sayuran boleh dilakukan dengan sangat mudah iaitu menggunakan rice cooker. Pakai rice cooker, nasi pun akan semakin cepat masak
Tapi, sayangnya nasi yang dimasak di rice cooker akan lebih mudah basi, berwarna kuning atau bahkan teksturnya jadi kering dan keras. Lantas, bagaimana agar nasi yang dimasak di rice cooker dan dihangatkan di sana tidak mudah basi, kuning atau kering?
Buat kamu yang ingin mempunyai nasi tetap enak, putih dan teksturnya tidak kering semasa dimasak di rice cooker, jadi begini tipnya.
Manfaatkan Buah Lemon
Sebelum memasak nasi, usahakan untuk menambahkan beberapa titis air limau nipis ke dalam beras. Air limau nipis selama ini dipercaya dapat membuat tekstur nasi akan semakin lembut dan sesuai dengan lidah kita, warna nasi menjadi lebih putih dan ia pun tidak akan mudah basi atau kering.
Cuci Beras Hingga Bersih
Mencuci beras hingga bersih sebelum memasak. Mencuci beras hingga bersih tidak hanya akan membuat nasi menjadi bersih dan putih. Lebih jauh, perkara ini juga membolehkan nasi yang dihasilkan akan semakin enak dan ia pun tidak mudah basi serta kering.
Panaskan Periuk Nasi Atas Dapur
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
Masak Air Dalam Periuk Nasi
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips di atas. Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
Air Cukup Buat Memasak
Pastikan bahawa kamu menggunakan air yang cukup buat memasak nasi di rice cooker. Jangan sampai air yang digunakan kelebihan atau kekurangan. Air yang berlebihan akan membuat nasi lembik dan mudah sekali basi. Sementara penggunaan air yang kurang,perkara ini akan membuat nasi menjadi kering dan keras.
Masak Buat Sekali Makan
Agar nasi selalu fresh dan enak, disyorkan agar kamu masak buat sekali makan. Masak sekali makan tidak hanya akan membuat nasi yang dimasak fresh dan enak, lebih jauh perkara ini dipastikan akan mencegah nasi basi, nasi kuning atau nasi kering. Tapi ingat, nasi yang tetap fresh adalah nasi yang setelah nasi masak terus dimakan. Elakkan memasak nasi di pagi hari sementara makannya di petang hari atau bahkan malam hari. Usahakan untuk masak di pagi hari buat makan pagi, masak siang buat makan tengah hari dan seterusnya.
Mengacau Nasi Saat Masak
Jangan lupa buat kacau nasi semasa proses memasak terjadi. Mengacau nasi ini tujuannya agar nasi matang sempurna dan rata. Selain itu, mengacau nasi semasa proses memasak juga akan membuat tekstur nasi menjadi lebih lembut serta sesuai dengan lidah. Kita pun akan tahu sama ada nasi bakal kelebihan air atau kekurangan air. Mengacau ini juga membolehkan wap air yang ada di celah-celah nasi boleh tersebar rata.
Gunakan Rice Cooker Berkualiti
Tips selanjutnya agar nasi tidak mudah basi, kering atau kuning adalah pastikan untuk menggunakan rice cooker yang berkualiti. Pastikan bahawa rice cooker yang kamu gunakan untuk memasak dalam keadaan baik dan terdiri daripada elemen-elemen yang baik pula. Jangan sampai, rice cooker yang kamu pakai adalah rice cooker yang mengalami kerosakan baik di satu elemennya atau di beberapa elemannya.
Itulah tips agar nasi yang dimasak di rice cooker tidak mudah basi, kuning juga kering. Selain tip di atas, tip lain yang tidak boleh kamu terlepas adalah pastikan untuk tidak menyimpan nasi dalam waktu yang lama dalam rice cooker. Bila ingin nasi tidak kering, kamu boleh mencabut palam rice cooker lalu membuka tudung dan biarkan nasi sejuk. Jika ingin makan dan nasi hangat, kamu boleh kembali memanaskan nasi. Usahakan pula untuk selalu menjaga kebersihan rice cooker baik kebersihan di bahagian dalam juga kebersihan di bahagian luar.
Tip Memasak Nasi agar tidak Cepat Basi dan Tahan Lama