Menarik!! Ini Cara Masak Nasi Putih Yang Tidak Menggemukkan!

Bukan senang nak turunkan berat badan. Bila sebut pasal diet je mesti ramai yang takut nak makan nasi sebab boleh menggemukkan.

Memang betul nasi boleh menggemukkan ini kerana kalori dalam nasi tinggi sehingga 206kcal jadi punca utama obesiti di Malaysia.

Tetapi, sebenarnya ada cara untuk masak nasi nasi putih yang tidak akan menyebabkan kegemukan. Macam mana tu??

Memetik laporan Times of India, penyelidik dari the College of Chemical Sciences dari Sri Lanka menemui cara tersebut.

1. Tambahkan satu sudu teh minyak kelapa ke dalam air mendidih, kemudian masukkan setengah cawan beras dan rebus selama 40 minit.

2. Seterusnya, sejukkan selama 12 jam dalam peti sejuk sebelum makan. Cara begini dapat meningkatkan kandungan serat 10 kali ganda berbanding menanak nasi dengan cara biasa.

Cara ini juga boleh buatkan kandungan kalori nasi putih turun sehingga 60 peratus walaupun diambil dalam pemakanan harian.

Ia juga tidak menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat dan juga tidak menyebabkan kegemukan.

Sumber: resepidara.ml

Author: admin

Leave a Reply