Ramai diantara kita memiliki mesin basuh bagi memudahkan aktiviti mencuci pakaian. Tetapi kami percaya ramai juga tidak mengetahui kesemua fungsi-fungsi mesin basuh yang dibeli. Hal ini menyebabkan kita rugi tidak menggunakan fungsi mesin basuh secara optimun.
Antara fungsi yang kami dan anda tidak pernah gunakan atau tidak tahu adalah fungsi bagi butang ‘soak’. Selain daripada untuk mencuci pakain, butang soak itu dapat membantu kita untuk mencuci mesin basuh kesayangan kita tu. Bayangkanlah bertahun-tahun kita pakai, berapa banyak baju dan kotoran telah masuk didalam mesin basuh kita.
Lebih malangnya kotoran itu tidak dibuang. Ia lebih kurang sama juga lah seseorang yang makan hari-hari, tapi tak pernah membuang.. euwwww.. mesti banyak keladak dan kotoran kan?
Jadi kali ini kami ingin kongsikan satu tips yang dikongsikan oleh Mommy daily cara-cara mudah untuk membasuh mesin basuh kesayangan kita. Dengan cara ini, insya Allah mesin basuh akan lebih bersih, tahan lama dan cucian pada pakain pun jadi lebih bersih. Semoga bermanfaat.
Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?
Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.
FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.
So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,
- Tekan ON
- Pilih dan tekan program SOAK/TUBE, tekan START.
- Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.
Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.
Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh. Nanti cuba buat tau, dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2 bulan sekali supaya mesin berfungsi se optimum mungkin.
Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8 tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu.. rugi rasanya.
Sebab selama 8tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehehe
Sumber: Mommy Daily