Jika pada usia tertentu anda masih belum berkahwin terutamanya wanita, dia akan dilihat sebagai seorang wanita yang tidak laku. Namun, lambat untuk berkahwin daripada memilih pasangan yang salah adalah lebik baik.
Mesti ramai wanita di luar sana kebanyakannya masih bujang dan kalau dah ada pasangan, belum pasang niat nak kahwin.Bila Hari Raya je, soalan paling diorang menyampah sekali, “Bila nak kahwin?”.
Dalam setiap perkawinan, adalah satu harapan agar perkahwinan tersebut bukan hanya perkahwinan dalam waktu yang singkat, tetapi akan menjadi perkahwinan yang pertama dan terakhir sehingga usia lanjut.Sudah tentu, sikap yang bijak dan berhati-hati dalam menentukan pasangan, memutuskan siapa yang anda kahwini dan dijadikan pasangan seumur hidup anda adalah perkara penting kerana perkahwinan yang cenderung tergesa-gesa boleh menjadi risiko buruk di masa mendatang.
Kenapa Memilih Untuk Lambat Berkahwin?
Satu tinjauan dari Love and Relationship Coach menyatakan bahawa sebilangan orang yang tidak berkahwin pada usia 30 tahun ke atas memilih untuk lambat dalam perkahwinan daripada berkahwin dengan cepat tetapi gagal dan terpaksa bercerai kerana memilih pasangan. Mereka mempunyai sebab yang logik mengapa lebih baik lambat kahwin kerana jika mereka sudah berkahwin tetapi hanya menyedari bahawa mereka salah memilih pasangan, ini akan ada harga mahal yang harus dibayar untuk kesilapan tersebut.
Menurut kaunselor dari Love and Relationship Coach lagi, ramai wanita terlalu cepat memutuskan untuk berkahwin hanya kerana tekanan usia, keluarga dan komuniti atau sebab kesihatan organ-organ pembiakan pada usia 30 dan ke atas. Walaubagaimanapun, berjuang untuk pilihan yang tepat dalam memilih pasangan perkahwinan adalah jauh lebih baik daripada semua sebab-sebab sebelumnya.
Fikirkan Tentang Pilihan Anda
Adalah lebih baik untuk lambat berkahwin selagi anda boleh mendapatkan pilihan pasangan yang tepat untuk perkahwinan yang kekal sehingga akhir hayat daripada berkahwin dengan cepat dan tergesa-gesa tetapi berakhir dengan perceraian kerana menyesali memilih pasangan yang tidak baik.Buat anda yang masih belum berkahwin tidak perlu ambil hati. Pastikan anda tidak tersalah dalam menentukan siapa yang sepatutnya menjadi pasangan hidup anda supaya anda boleh mencapai kebahagiaan dalam perkahwinan sebenar di masa depan.
Rasanya tak perlu la nak tanya banyak kali sebab apa mereka ni tak kahwin-kahwin lagi. Mungkin, mereka tergolong dalam salah satu sebab dibawah ini.
X Pernah putus cinta tahap menonggeng.
Tipula kalau tak kecewa bila putus cinta. Tapi, putus cinta bukanlah sebab utama mereka tak nak bercinta lagi. Tapi, lebih baik hidup single daripada dikecewakan lagi.
X Nak hidup bebas & tidak suka dikongkong.
Tipula kalau tak kecewa bila putus cinta. Tapi, putus cinta bukanlah sebab utama mereka tak nak bercinta lagi. Tapi, lebih baik hidup single daripada dikecewakan lagi.
X Terlalu sibuk dengan kerja.
Kebanyakan wanita sekarang gila kerja dan seronok cari duit hingga lupa tentang perkahwinan. Bagi mereka, hidup zaman moden bukanlah sesuatu yang pelik jika kahwin lambat.
X Terlalu memilih pasangan.
Wanita sekarang kalau boleh nak rupa lelaki ala-ala Kpop dan pretty boy. Kalau yang rupa suam-suam kuku tu memang tak pandang. Tapi, biarlah berpada-pada dan ukur baju dibadan sendiri. Rupa paras bukanlah jaminan rumah tangga bahagia.
X Jodoh belum sampai.
Ini antara alasan cliche yang korang selalu dengar bila ditanya soal jodoh. Memang betul, jodoh, ajal dan maut ditangan Tuhan. Tapi kalau tak berusaha tak guna juga.
X Takut dapat suami teruk.
Sekarang banyak kes suami paanas baaran, kaki pukuul, kaki perempuan. Buat lagi takut mereka yang single ni nak kahwin. Lagi parah, ada juga kes dimana si isteri kena sara suami kerana malas bekerja.
X Pilihan hati dibantah KELUARGA
Ini pun satu sebab kenapa ramai wanita masih single. Bila dah jumpa lelaki idaman, keluarga pulak tak berkenan. Last-last, dah malas nak cari.
X Memang tak ada orang nak.
Jangan terkejut, tapi ini memang betul-betul terjadi. Ramai wanita yang nak sangat berkahwin, tapi belum ada calon lagi. Jangan la fikir negatif, mana la tahu orang yang sukakan anda tu jenis malu-malu. Kena la usaha sikit.
X Tiada n4fssu dengan lelaki?
Ini memang masalah besar. Tak tahu nak cakap apa kalau ada yang jenis macam ni. Lebih baik jumpa doktor kalau dah sampai tahap macam ni.