Tujuan aku cerita ini sebab aku keliru dengan diri sendiri. Aku tak mampu nak luahkan pada sesiapa kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa. Kepada admin, maaf ini juga fake acc supaya tiada siapa yang kenal. Aku isteri kepada seorang suami yang sangat baik, menetap di Johor dan boleh dikatakn tak jauh dari family dan family in law. Suami aku ni tak merokok, menjaga solat, menjaga ikhtilat, tidak boros, menyediakan keperluan seperti rumah, makan dan pakaian.
Dia lewat 20 an dan aku awal 20 an. Dugaan bermula bila aku dapat tawaran kerja luar negara sbelum berkahwin lagi. Aku bukan seorang yang pandai, jadi bila ada pluang, aku tak mahu sia2 kan. Aku terima walaupun pada awalnya ditentang tunang (suami sekargan). Aku pernah bagi tahu, kalau berat rasa nak tunggu aku (masa tu bagi tau nak kerja 2-3 tahun memandangkn gaji tinggi dan ada plan untuk kumpul duit) aku rela dia putuskan tunang dan kahwin lain, sebab istikharah aku menunjuk kan tempat di mana aku bekerja sekarang.
Sumber: kisahrumahtangga