Kuruskan Badan Dengan Cepat

Kuruskan Badan Dengan Cepat

Ramai yang ingin mengetahui cara kuruskan badan dengan cepat. Tahukah anda kini kegemukan menjadi pembunuh manusia secara senyap.

Pelbagai penyakit  akibat kegemukan seperti diabetes, serangan jantung, darah tinggi, kanser dan boleh juga meningkatkan risiko pada penyakit seperti kolesterol tinggi, penyakit berkaitan dengan pundi hempedu dan artritis.

Persoalannya, kenapa seseorang itu rela membiarkan diri mereka menjadi gemuk dengan lemak di seluruh pinggang atau punggung lalu menyukarkan pergerakkan anggota badan.

Menurut seorang Pakar, Dr. Alice Prethima Michael,  kurangnya bersenam secara konsisiten dan pengambilam diet yang tidak seimbang  menjadi punca utama kegemukan di kalangan masyarakat.

Menurut Dr. Alice lagi , sebahagian besar manusia pada zaman ini banyak hidup senang. Mereka banyak membuat kerja yang tidak menggunakan banyak pergerakan otot. Mereka tenggelam di kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin dan banyak duduk.

Kuruskan Badan Dengan Senaman Dan Diet Seimbang

Seseorang individu perlu mengamalkan makanan yang seimbang, bersenam dan cergas melakukan pelbagai aktiviti. Pemakanan seimbang dan tidur yang cukup akan menentukan kesihatan diri dan membantu mengawal masalah kegemukan.

“Begitu juga senaman yang cukup penting dalam usaha membakar lemak badan. Senaman yang bersesuaian lebih efektif jika dibandingkan mengambil jalan pintas untuk kurus,’’ katanya lagi.

6 Cara Menguruskan Badan Yang Boleh Anda Amalkan

1. Kawal Pemakanan Anda

Aspek utama dalam pemakanan seimbang adalah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda.

Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!

2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein

Para penyelidik di Fakulti Biologi, Universiti Copenhagen telah mengesahkan bahawa kebanyakan penasihat kesihatan (berat badan) mendakwa bahawa: makan dengan diet yang tinggi protein dan sedikit kalori kanji dapat membantu mengurangkan berat badan.

Pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula. Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.

3. Jaga Waktu Makan Anda

Jangan tinggalkan setiap waktu makan (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) sebab ia tetap tidak akan membantu anda menguruskan badan

Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar. Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan. Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar. Bagaimana?

4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein

Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!

Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.

Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.

5. Minum Air mineral 8 Gelas Sehari

Banyakkan minum air mineral. Air jenis ini tidak mengandungi kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan.

6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan

Tidak perlu bersenam setiap hari. Senaman dua hingga empat kali seminggu pun sudah cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih dulu. Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari.

Author: admin

Leave a Reply