Kalau ikutkan ramai lelaki takut kalau dapat pasangan/isteri garang. Mana tidaknya,
semua tindak tanduk akan dipantau dan setiap percakapan perlu dijaga.
Namun tahukah anda sebenarnya ada kelebihannya jika anda dapat pasangan atau
wanita yang garang. Boleh dikatakan anda lebih beruntung sebenarnya.
1. JENIS TAK SUKA MENYUSAHKAN
Jika anda keluar makan bersama dan teman wanita/isteri anda mahu membayarnya
biarkan je. Walaupun anda mampu berikan wang beribu ringgti, wanita jenis ini ada
prinsip mereka sendiri yang tidak suka menyusahkan sesiapa.
2.MEREKA LEBIH BERDIKARI
Wanita garang ni bukan jenis lemah dan mereka mampu lakukan banyak perkara sendiri
tanpa bantuan lelaki. Bila jenis berdikari ni, buatkan hubungan lebih lancar dan tiada
masalah.
3. ELAK ANDA LAKUKAN PERKARA BODOH
Lelaki ni suka buat perkara bukan-bukan dan adakalanya perkara bodoh. So, kalau dapat
awek jenis garang elakkan anda terjerumus untuk buat perkara tak elok.
4. MEREKA BIJAK MERANCANG
Wanita garang ni tahu apa yang mereka inginkan dan bijak dalam perancangan. Mereka
tak suka melengahkan sesuatu perkara. Kehidupan lelaki juga akan lebih teratur.
5. MEREKA AKAN MELINDUNGI ANDA
Mak korang mesti garang kan. So kalau dapat wanita garang sebagai pasangan mereka
jenis lebih mengambil berat dan menjaga anda. So, tak perlu takut dengan ancaman luar