Buah limau purut sememangnya tidak begitu asing penggunaannya. Malah dalam masakan sekali pun kita ada menggunakan limau purut untuk memberi rasa pada masakan. Tidak dengan itu, limau purut juga cukup sinonim digunakan dalam perawatan tradisional orang Melayu. Ini secara tidak langsung, menandakan limau purut cukup istimewa dan punya khasiat dan kebaikan yang tersendiri.
Memandangkan sejak dahulu lagi hingga kini, limau purut digunakan dengan pelbagai tujuan. Jom semak apa kebaikan untuk ibu-ibu mengamalkannya.
1.Hilangkan letih
Bagi menghilangkan rasa letih setelah menguruskan anak-anak yang ramai, segera rawat dengan mengambil dua genggam daun limau purut dan direbus terlebih dahulu. Kemudian air tersebut bolehlah digunakan untuk mandian. Cara in dapat memberi kepuasan dan kelegaan sekali gus menjadikan tubuh kembali segar.
2.Haluskan kulit
Terlalu sibuk menguruskan anak dan keluarga, pasti masa seorang ibu itu cukup terhad dan menyebabkan tidak berkesempatan untuk memanjakan diri bagi mendapatkan rawatan kecantikan kulit. Jangan bimbang, ambil saja limau purut dan dibelah dua. Kemudian sentalkan buah limau purut tersebut ke bahagian kulit yang kering dan bersisik. Amalkan selalu ketika mandi dan hasilnya kulit menjadi bersih dan sihat.
3.Awet muda
Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa segar dan bertindak sebagai agen untuk wanita kekal awet muda. Caranya cukup mudah, tambahkan beberapa titis jus limau purut di dalam air mandian. Amalkan selalu.
4.Hilangkan kotoran baju
Melihat ada sahaja kesan kotoran pada baju anak-anak selepas mereka bermain, itu menandakan ada tugas mencuci yang lebih daripada biasa harus kita lakukan. Lain tidak bukan menyental! Tapi dengan menggunakan air perahan limau purut, dikatakan kesan kotoran lebih mudah ditanggalkan. Terbukti cara ini lebih jimat dan mudah untuk dilakukan!
5. Menghalau Dan Mengelakkan Ular Dari Masuk Ke Rumah
Bau limau purut ini mampu menghalau dan mnghalang dari haiwan yang tidak diingini daripada masuk kerumah. Potong limau purut kecil-kecil, letakkan dibahagian rumah yang tersembunyi yang dikhuatiri haiwan-haiwan seperti ular bersembunyi.
6. Menghilangkan kelemumur.
Potong Limau purut kecil-kecil, campurkan bersama air, ramas-ramaskan limau purut agar jusnya keluar dari buah. Basuh Rambut dan gosokkan kulit kepala dengan air limau purut. Lakukan sekerap mungkin.
kredit : KeluargaKarangkraf via www.infosihat2uu.com