Kalau Doktor Sahkan Bayi Songsang & Tali Pusat Terbelit,5 Perkara Ini Patut Dilakukan!

Hati ibu mengandung jadi gundah gulana apabila doktor beritahu bayi dalam kandungan dalam kedudukan songsang dan tali pusat terbelit.Selain risau dengan keadaan bayi dalam kandungan,ibu juga risau kerana perlu melahirkan bayi secara pembedahan caesarean.Jika situasi ini berlaku,adakah ibu masih ada harapan untuk bersalin normal?

Menurut penerangan Dr.Norintan Zainal Shah,Pakar Perbidanan & Sakit Puan,masalah bayi songsang berlaku dalam 1 hingga 3% wanita mengandung.Manakala masalah tali pusat terbelit pula berlaku di dalam 20 hingga 30% kehamilan.Sebenarnya ibu tidak perlu risau sekiranya doktor mengesahkan perkara tersebut semasa kandungan berusia enam bulan,ia tidak bermaksa ibu perlu melahirkan bayi secara pembedahan ketika itu juga.

Apa yang patut ibu lakukan?

Antara jenis-jenis songsang

Extended breech/Frank breech: Kedua-dua kaki lurus dengan buku lali kaki berada di sebelah kepala bayi. Jika doktor membuat pemeriksaan jalan kelahiran dari bawah (vaginal examination) mereka akan dapat merasakan punggung bayi. Keadaan ini paling biasa berlaku (70%). Kadangkala ibu dibenarkan bersalin secara biasa bagi kedudukan ini (vaginal breech delivery).

Flexed breech/Complete breech: Kedua-dua kaki terlipat di sendi lutut dan bila diperiksa dari bawah kita dapat merasakan kedua-dua buku lali kaki dan punggung bayi. Kekerapan jenis ini cuma dalam 15% sahaja.

Footling breech: Apabila satu kaki terlipat di sendi lutut dan satu kaki lagi lurus atau kedua-dua kaki lurus ke bawah. Melalui pemeriksaan dari bawah (vaginal examination) terdapatnya pergelangan kaki di pintu rahim/serviks. Jenis ini juga cuma 15% sahaja. Selalunya kedudukan bayi seperti ini memerlukan kaedah kelahiran secara pembedahan Caesarean kerana dikhuatiri tali pusat akan turun kebawah bersama air ketuban. Ini dipanggil ‘cord prolapse’ dan keadaan ini sangat merbahaya boleh mengancam nyawa bayi.

Apakah penyebab kehamilan songsang?

  • Bayi pramatang atau tidak cukup bulan. Faktor ini yang biasanya ditemui. Bayi anda akan berpusing kepada kedudukan normal apabila sampai waktunya.
  • Sejarah kandungan terdahulu yang songsang.
  • Ketidaknormalan pada rahim seperti masalah fibroid ataupun terdapat pembahagian dinding rahim yang menghalang bayi daripada berpusing.
  • Uri bawah ataupun Placenta Praevia Major yang menutupi pintu rahim, lalu menghalang kepala bayi daripada masuk ke ruang pelvis (engagement) dan menyebabkan bayi berpusing pada kedudukan songsang.
  • Ketidaknormalan bada bayi, masalah pada pembentukan kepala bayi –anencephaly,
  • Kehamilan kembar atau lebih daripada dua.
  • Keadaan air ketuban yang terlalu banyak (polyhydramnnios) – bayi mempunyai banyak ruang untuk bergerak dan berpusing. Air ketuban yang terlalu sikit juga menyumbang kepada keadaan bayi songsang.
  • Sudah mempunyai kehamilan yang banyak (multipara) – otot dinding rahim sudah elastik,memberikan banyak ruang pada bayi untuk bergerak dan berpusing.

Sekiranya bayi masih tidak berpusing setelah 37minggu doktor akan memusingkan bayi melalui prosedur External Cephalic Version (ECV) ini dibawah pengawasan ultrasound, cardiotocogram (CTG) dan kemudahan dewan bedah untuk melakukan pembedahan Caesarean sekiranya berlaku kecemasan.

ECV dilakukan pada usia kandungan 36 minggu pada kehamilan pertama dan 37 minggu untuk kandungan kedua dan berikutnya. Jika ECV dilakukan lebih awal daripada tempoh itu, bayi mungkin kembali menjadi songsang dan jika melewati 37 minggu pula, ia lebih berisiko untuk dilakukan kerana air ketuban mulai berkurangan. Usia kehamilan 36 hingga 37 minggu juga dipilih untuk ECV kerana jika berlakunya komplikasi akibat daripada ECV, pembedahan Caesaerean boleh terus dilakukan tanpa ragu-ragu kerana bayi sudahpun mencapai tempoh matang.

Kejayaan pemusingan bayi songsang melalui teknik ECV ini adalah tinggi, dalam lingkungan 50%. Tinggi kan.

Tapi kene ingat tahu bukan semua bayi yang songsang boleh melalui prosedur ECV ni:

Faktor-faktor TIDAK dibolehkan menjalani prosedur ECV:

  • Keadaan di mana pembedahan Caesarean perlu dilakukan
  • Pendarahan ketika mengandung dalam lingkungan 7 hari sebelum prosedur
  • Degupan jantung anak yang tidak normal
  • Kecacatan rahim
  • Air ketuban sudah pecah
  • Kandungan kembar (kecuali untuk melahirkan kembar kedua)

Untuk pengetahuan ibu hamil,melahirkan bayi secara pembedahan caesarean bukan semata-mata dibuat oleh doktor kerana masalah bayi terbelit tali pusat.

Jika kedudukan kepala bayi berada pada kedudukan yang betul dan ibu tidak mengalami komplikasi lain seperti darah tinggi,kencing manis,tiroid,sukar untuk hamil dan masalah air ketuban,uri,tumbesaran bayi,tulang pinggul yang kecil,maka doktor akan menasihatkan ibu hamil untuk cuba bersalin secara normal.

Keputusan memilih cara bersalin biasanya dibuat pada usia kandungan 37 minggu,apa pun keputusan tersebut bergantung kepada diri sendiri setelah berbincang denga doktor pakar.

Sumber: Petua Ibu

Author: admin

Leave a Reply