Bila dah menjadi suami isteri adalah penting menyimpan rahsia dan mengambil tahu dokumen penting yang pasangan kita miliki. Lebih-lebih lagi pesanan buat para isteri, kena ambil peduli perkara seperti password telifon bimbit, akaun media sosial, no pin pada kad ATM, akaun simpanan yang dimiliki, sijil takaful, geran rumah, kereta dan sebagainya.
Bukan apa, ia sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini secara tiba-tiba contohnya suami meningggal dunia akibat kemalangann. Jika segala dokumen telah dicatat dan disimpan sempurna ia memudahkan segala urusan nanti. Perlu ingat, kita masih ada tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak dan meneruskan kehidupan selepas berlakunya kematiaan suami.
Jemput baca perkongsian oleh Wan Ammar ini;
Pahit untuk di telan..kisah rumahtangga.
Saya nak kongsi cerita ex client rakan. Mana yang boleh ambil pengajaran tu, ambil sebagai teladan.Hari ni wife pada ex client saya call. Dia nak tanya pasal claim insurans polisi suami (exclient) dia.
Rupanya suami dia baru 5 hari meningggal. Accident motor besar. Meningggal kat tempat kejadian cederaa tang kepala.Apa yang wife dia cerita, wallet dan phone arwah ada dijumpa, tapi duit cash dalam wallet takda langsung. Kemungkinan ada orang ambil kesempatan mencuri dalam keadaan sibuk masa nak tolong arwaah accidennt.
Sebab arwaah suami dia meninggal accidentt, maka polis ambil jenazaah hantar ke hospital untuk post mortem.Tak Tahu Kod Pin Arwah Suami.Wife dia ralat sangat sebab tak dapat unlock phone arwah. Sebab tak tahu pincode phone arwah. Jadi dia tak dapat nak bagitau kawan-kawan arwwah yang dalam contact phone.
Memburukkan keadaan si wife, bukan setakat tak tahu pincode telefon arwwah. Malah wife tak tahu no pin kad-kad ATM arwah untuk keluarkan duit bagi belanja mengejut urus jenazzah balik ke kampung arwaah suami. Mujur bantuan sedekah keluarga yang ada dapat bantu sementara urusan kewangan.
Hari ni dah 5 hari arwwah meningggal, abang arwwah dah mula tanya pasal rumah dan harta peninggalan arwah (Kwsp). Si wife betul-betul sangat takut kalau rumah yang dia duduk jadi rebutan adik-beradik arwwah. Sebab wifenya dah takde tempat lain nak pergi kalau kena keluar dari rumah.
Berbalik pada punca asal wife arwwah call saya, bertitik daripada wifenya jumpa sijil takaful dengan businesscard saya pada kulit sijil. Dia sangat berharap ada berita baik yang boleh dia dengar daripada buku sijil takaful yang dia jumpa.
Berhenti Bayar Takaful
Pahit untuk diterima, saya terus-terang bagitau yang tak boleh claim apa-apa langsung. Sebab sijil takaful arwwah dah hampir setahun lapse. Dan saya masih ingat punca lapse sijil arwwah, dia nak stop sebab rasa rugi duk bayar, maka dia stop bayar sampai la jadi lapse. Saya ada remind arwwah sebelum lapse pasal hilang coverage lepas lapse, tapi dia bagi saya blue tick aja.
Seperti yang saya jangkakan, wife arwah macam tak dapat terima jawapan saya. Sampaikan dia cakap“Kenapa cik tak inform saya yang dia tak bayar.”
Lepas saya cool kan dia, baru suara dia seperti pasrah. Saya bagi dia beberapa cadangan untuk bantu dia
- Pergi kwsp buat tuntutan kwsp arwwah
- Call socso semak apa yang boleh tuntut
- Kumpul dokumen buku simpanan pelaburan, kad bank
Dan saya dengar jawapan yang tak berapa best…”Saya tak pandai drive kereta. Nak pergi ke sana dengan 2 anak kecil susah. Saya kalau boleh nak setelkan cepat tapi tu la…”