Ini Sebenarnya Punca Kolestrol Dalam Badan Menjadi Tinggi Yang Masih Ramai Tak Tahu

Menurut laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’.

Orang ramai sering berasa takut apabila di sogokkan dengan keburukkan kolesterol kerana mendapat maklumat yang salah. Namun kebenarannya adalah kolesterol merupakan sebahagian daripada kimia penting untuk tubuh.

Kolesterol terdapat dalam setiap sel manusia dan haiwan. Selain kolesterol yang diperolehi daripada pengambilan makanan berasaskan haiwan, tubuh kita juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan semua kolesterol yang diperlukan untuk pelbagai fungsi badan.

Pengekalkan tahap kolesterol dalam peringkat yang disarankan (normal) adalah penting untuk memperolehi kebaikan maksima. Kolesterol digunakan untuk membuat cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati.

Ini adalah amat penting untuk melindungi saraf, membina sel-sel badan yang baru, dan menghasilkan hormon tertentu yang diperlukan untuk perkembangan normal dan fungsi tubuh manusia.

Kolesterol secara semulajadi seperti lilin yang dibuat oleh hati. Ia merupakan kombinasi daripada lemak dan steroid. Kolesterol kurang/tidak larut dalam air dan lipoprotein tertentu diperlukan untuk mengangkut kolesterol dalam pembuluh darah.

Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu apakah yang menyebabkan paras kolestrol menjadi tinggi. Baca perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad di bawah :

GULA MENYEBABKAN KOLESTROLE YG TINGGI?

Semalam saya sempat berkongsi dengan jemaah di Masjid Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya mengenai pemakanan sihat. Oleh kerana ramai jemaah yg hadir dan bertanya, saya sendiri sgt teruja. Saya tak rasa penat walaupun pagi semalam berdiri lebih 3 jam berkongsi pengalaman dan pengetahuan di UKM.

Ramai yg masih keliru. Masih menganggap jika ambil lemak dalam pemakanan, ia berbahaya kerana meningkatkan kolesterol dalam darah. Saya betulkan tanggapan salah ini. Lemak ada tiga jenis. Lemak yg ‘confirm’ berbahaya adalah transfat. Ia banyak terdapat dalam makanan berproses yg disediakan di rak pasaraya. Semua jenis cookies, chips dan marjerine.

Satu lagi jenis minyak, ialah lemak tepu. Ia masih boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang tidak berlebihan, kecuali jika kita benar2 lakukan diet ketogenik dgn panduan dari doktor yg faham.

Dan jenis minyak yg terakhir ialah minyak atau lemak dari tumbuh-tumbuhan yg tidak berbahaya langsung. Malah bermanfaat sebab mengandungi lemak tak tepu (unsaturated fatty acid).

Terutama minyak zaitun yg mengandungi monounsaturated fatty acid dan byk antioksia polyphenol. Sebab itu ia menjadi sebahagian dari diet sihat penduduk Mediterranean. Jadi minyak monounsaturated fatty asid, terutamanya minyak zaitun, bukan saja tidak meningkatkan kolestrole, malah menurunkan tahap kolestrole dalam darah.

Terlopong para jemaah sebab ini pengetahuan baru. Ada yg mengangguk-angguk tanda mulai faham.“Jadi apa yang menyebabkan kolestrol jahat kami tak turun, walaupun kami ambil ubat statin?”Saya beritahu antara yg menyebabkan “kolestrole jahat” meningkat atau tak turun walaupun ambil ubat statin adalah kerana kita masih mengambil gula.

Lagilah para jemaah terlopong sebab sebelum ini mereka hanya diberitahu gula hanya menyebabkan diabetes. Makan yg masin menyebabkan darah tinggi. Makanan berlemak akan menyebabkan kolestrole tinggi.Belum pernah dengar bahawa bila ambil gula yg byk boleh menyebabkan kolestrole jahat menjadi tinggi dan akhirnya boleh menyebabkan saluran darah tersumbat.

Gula pasir adalah gabungan gula glukosa dan fruktosa. Pengambilan gula yg berterusan dan berlebihan juga menyebabkan hati berlemak (fatty liver).Seterusnya menyebabkan enzim dalam hati (iaitu enzim hati HMG-Coa reductase) tidak berfungsi dengan baik, akhirnya menyebabkan kolestrole meningkat.

Fruktos juga akan mengaktifkan enzim xanthine oxidase yg akhirnya menyebabkan peningkatan asid urik dalam darah. Urik asid yang tinggi boleh menyebabkan gout dan batu dalam ginjal.

Jadi pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan masalah hati berlemak (fatty liver), meningkatkan kolestrole jahat dan meningkatkan uric acid dalam darah.Sementara pengambilan minyak zaitun, terutama OLIVIE yg mengandungi antioksida yg 30 kali dari minyak zaitun biasa, akan menurunkan kolestrole yg jahat dan meningkat kolestrole yg baik.

Alhamdulillah, di akhir perkongsian itu, ramai yg mula faham. Ramai pula yg bertanya, di mana mahu cari minyak zaitun..

Dr Zubaidi Hj Ahmad
14 Oktober 2018
019 7712391

Terima kasih Dr Zubaidi atas perkongsian yang sangat bermakna ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua dan peringatan agar kita lebih berhati-hati dalam aspek permakanan.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat.

Author: admin

Leave a Reply