Pada hari pertama bayi dilahirkan, tentulah kebanyakan kita berasa teruja dan begitu gembira dengan kehadiran mereka. Mungkin tak ramai yang menyangka bahawa memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu boleh menjadi sebuah pengalaman yang meme natkan.
Setelah beberapa ketika, kita mula berasa ‘sun yi’ dan seolah-olah keseorangan, sedangkan kita sentiasa didampingi oleh anak-anak dan pasangan.
Perasaan ini sebenarnya boleh berlaku pada sesiapa saja. “Ada masanya seorang ibu akan berasa ‘terasing’ daripada dunia luar. Tetapi keadaan ini adalah normal dan hampir semua wanita akan merasakannya setelah menjadi ibu,” ujar Kate Middleton, yang turut mengalaminya semasa membesarkan anak-anak.
7 SEBAB WANITA TIADA LAGI MASA LAPANG BILA SUDAH BERGELAR IBU
Berikut adalah antara beberapa sebab mengapa kehadiran anak boleh menjadikan anda dilanda kesunyian.
1. BERPANTANG ADALAH TEMPOH YANG MENCABAR
Cuti bersalin sebenarnya bukan sebuah ‘percutian’. Ia adalah tempoh pemulihan. Mungkin sesetengah ibu bertuah apabila dapat berpantang dalam keadaan yang serba lengkap. Tapi, ramai juga ibu yang terpaksa menguruskan diri sendiri di rumah. Dengan badan yang sa kit-sa kit, dengar bayi menangis setiap hari, letih menyusukan bayi, emosi tak sta bil dan pilihan makanan pula lebih terhad. Memang boleh terasa sunyi bila duduk di rumah sendirian selama tempoh tersebut.
2. SERING DILANDA KESIBUKAN
Masa seolah-olah bergerak begitu pantas tanpa kita sedari. Ibulah yang sentiasa berada di sisi bayi sepanjang masa, menyusukan mereka, menjaga keperluan mereka sehinggakan ada yang lupa untuk memenuhi keperluan diri sendiri. Percaya atau tidak, nak buat perkara harian; makan, buang air, mandi pun terpaksa ditahan-tahan. Belum lagi nak uruskan keperluan rumah tangga; memasak, basuh baju, kemas rumah, dan sebagainya.
3. KURANG BERSOSIAL
Orang kata, perempuan bila dah berkahwin dah tak ada kawan lagi – suami itu sajalah peneman susah senang. Mungkin disebabkan faktor kesibukan atau perubahan gaya hidup, hal ini sedikit sebanyak memang ada benarnya. Ia lebih-lebih lagi dirasakan bila dah ada anak. Mereka yang bekerja pun kini tidak lagi berpeluang bersosial dengan rakan sekerja selepas waktu kerja ataupun hujung minggu. Tepat pukul 6, kalau boleh terus nak punch card dan balik jumpa anak.
Kita selalu sibuk di rumah sampai lupa ada kawan kita berkahwin, kita tak tahu ada jiran baru berpindah, kita tak tahu apa drama terbaru di TV. Bila dah terlepas perkara-perkara ini, ia akan membuatkan kita rasa semakin terasing.
4. TIADA MASA UNTUK ‘ME TIME’
Seorang wanita, lebih-lebih lagi seorang surirumah kini menghabiskan kebanyakan masa mereka di rumah. Tiada lagi gurauan dengan rakan-rakan, jarang makan di luar, apatah lagi membeli-belah dengan tenang di pasaraya. Nak buat hobi lain di rumah? Jangan haraplah. Baru nak duduk saja, anak-anak dah datang menerpa.
Kurangnya ‘me time’ ini menjadi punca seseorang berasa letih, tertekan, dan sunyi. Dengan meluangkan sedikit masa bersendirian melakukan apa yang anda suka, sebenarnya ibu akan berasa lebih gembira dan bersemangat apabila bersama dengan anak-anak.
5. CEM BURU DENGAN PASANGAN
Paling jea lous bila anak asyik nak ‘melekat’ dengan ibu, suami pula beri alasan yang dia ‘tak ada susu’ untuk diberi. Tidur malam tak pernah cukup kerana kita terpaksa berjaga untuk menyusukan bayi atau mengepam. Suami pula tidur lena tanpa sedikitpun rasa prihatin. Se dih pun ada bila rasa macam ia tugas kita seorang saja. Bukan nak berharap macam-macam, tapi kalau mereka sekadar temankan kita di sisi – inipun dah lebih daripada cukup.
Tempoh 2 tahun ini tak patut dipandang ringan kerana menyusu badan adalah tugas 24/7 yang tiada langsung hari cuti. Bukan itu saja, ibu juga perlu menahan na fsu daripada makanan / minuman tertentu (bimbang bayi kembung / alahan bila menyusu). Encik Suami, silalah bagi sokongan lebih sikit ya!
6. ANDA BUAT LEBIH BANYAK KEPUTUSAN SENDIRI
- Nak terus menyusu badan atau botol?
- Nak hantar anak ke rumah pengasuh atau taska?
- Nak bagi bayi makanan dibeli atau masak sendiri?
Barangkali sesetengah lelaki kurang memahami perkara yang bersangkut-paut dengan bayi kerana biasanya ibu akan menghabiskan lebih banyak masa bersama si kecil. Oleh itu, ibu terbiasa membuat banyak keputusan sendiri tanpa melibatkan suami. Walaupun nampak remeh, tentulah kita akan rasa terbeban bila semua urusan ditetapkan sendiri. Lebih menyedihkan, bila keputusan yang dibuat kurang tepat, kita pula yang akan rasa bersa lah tak sudah!
7. SIN DROM SUPERMOM
Ini pula satu ‘peny akit’ yang kurang percaya pada orang lain untuk memudahkan urusan mereka, termasuklah pasangan sendiri. Bila pasangan dah bagi peluang kita berehat, kita pula yang tak senang duduk dek kerana risau memikirkan bayi atau kerja-kerja lain yang tergendala.
Kalau boleh, janganlah asyik nak buat semuanya sendiri. Sebenarnya, anda tak perlu buktikan apa-apa untuk menjadi seorang ‘supermom’ kerana setiap ibu adalah istimewa dengan cara mereka yang tersendiri.
KESIMPULAN
Dalam tempoh kehadiran bayi, pelbagai perkara dalam hidup kita boleh berubah. Ada yang bertukar kerja, berpindah rumah, bertukar gaya hidup, dan sebagainya. Semua ini berlaku kerana anda berdua telah memiliki prioriti terhadap anak.
Apapun jangan risau kerana semua ini adalah sementara saja. Kita pasti akan merindui zaman ini bila tiba masa anak-anak semakin besar nanti!