Ikut Kaedah Yang Betul Ini Jika Nak Basuh Comforter Atau Toto Guna Mesin Basuh Di Rumah

Sedangkan kita ada saja pilihan untuk basuh sendiri menggunakan mesin basuh di rumah. Tak payahlah susah susah angkat masuk keluar kereta dan kena keluarkan duit pula.

Kebanyakan kita bila hendak basuh comforter atau toto, mesti akan ke dobi layan diri atau pun hantar saja ke kedai dobi.

Boleh ikut perkongsian Nurul Ain Syed Mohd untuk cara basuh comforter yang betul guna mesin basuh di rumah.

Apa yang penting kalau nak basuh comforter atau toto kena pastikan gulung ikut cara yang betul supaya, span tidak rosak. Jangan pakai sumbat je ya.

Tip basuh comforter/toto

Kenapa? Untuk elak material comforter dari rosak. Tak mahulah terburai isinya atau terkoyak apabila habis proses basuhan nanti kan.

Caranya mudah ya amat.

Dulu selalu pakai Cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul itu hari, sekarang saya guna Cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.

INFO

  • Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.
  • Basuhan ini sesuai untuk kotoran minor sahaja.
  • Jika ada sebarang njis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masuk mesin.
  • Cadar patchwork juga boleh dibasuh guna kaedah yang sama.

1. Gulung comfoter sebelum masuk mesin. Gulung ikut saiz mesin seperti dalam gambar. Saya guna mesin 8kg.

2. Letak bahagian kotor di bahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif. Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak.

3. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

Sumber: Nurul Ain Syed Mohd/Mimbarraudhah

Author: admin

Leave a Reply