Boleh Cuba Nih Cara Mudah Haapuskan Rumput Liar Di Halaman, Guna Cuka Dan Sabun Pencuci Saja!

Kita nak rumah nampak kemas dan cantik, kena tengok-tengok juga kawasan sekitar rumah, terurus ke tidak. Kalau dibiarkan rumput liar tumbuh subur dengan ‘jayanya’, silap-silap boleh undang cik ular dan macam-macam haiwan berbisa. Malah, kehadiran rumput-rumput liar pada ruang halaman ini pastinya, amatlah menya kitkan mata yang memandang.

Meskipun pelbagai cara telah dilakukan, namun rumput-rumput liar ini tetap tumbuh melata di halaman. Melalui perkongsian Muhammad Najib, beliau berkongsi cara bagi mengatasi masalah rumput liar hanya dengan menggunakan dua bahan asas yang ada dirumah je. Tapi apa yang paling penting ianya selamat digunakan dan tidak memba hayakan alam sekitar. Jom kita cuba.

Bahan-Bahan Hapuskan Rumput Liar:

  • Cuka Masakan
  • Sabun Cecair Pencuci Pinggan
  • Alat Penyembur (Spray)

Cara Membuat Racun Rumput Liar Homemade:

1. Tuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur.

2. Setelah itu, titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan kedalam alat penyembur tersebut.

3. Kemudian, semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh.

Info Ekstra:

1.Cuka masakan mengandungi asid asetik yang boleh membuatkan rumput liar mudah ma ti.

2.Sabun pencuci pinggan pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka yang disembur, melekat pada rumput liar tersebut.

3.Sembur hanya sekali, selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut.

Selamat mencuba kaedah ini, semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

Sumber: Muhammad Najib

Author: admin

Leave a Reply