Bila dah kahwin, soal perbelanjaan setiap bulan kenalah dirancang dan dicatatkan dengan terperinci supaya barulah nampak perbelanjaan tiap bulan.
Bukan apa, takut tersasar atau terlebih guna. Jika dulu pen dan nota kecil jadi keutamaan tapi tip yang dikongsikan oleh saudara kita ni, Nik Mohd Fahmi memang best. Jom ikut caranya. Mudah!
Senang je nak rekod perbelanjaan setiap hari tanpa bawa pen dan kertas. Saya belajar dari Azizi Ali bahawa pentingnya kita rekodkan belanja setiap hari.
Azizi Ali namakannya Money Tracker. Mula-mula tu macam agak susah untuk saya nak buat sebab masa kita berbelanja, mana sempat nak tulis. Tapi saya dapat idea sendiri, sangat mudah. Idea ni menyebabkan saya dan Aimi Nazihah berjaya amalkan sampai hari ni.
Caranya macam ni, kita semua kan selalu pegang handphone. Macam dah keperluan jadinya. Mana-mana pun tengok handphone. Jadi, buat satu group whatsapp. Ahlinya suami dan isteri sahaja. Letak nama group Money Tracker. Tiap kali lepas makan, beli atau belanja apa-apa, tulis dalam group whatsapp tu :
- Makan tengahari -8.00
- Minyak kereta -50.00
- Parking -1.00
- Bil letrik -78.00
- Econsave -45.50
- Laptop -1450.00
- Ali bayar hutang +300.00
- Bonus +500.00
Simbol ( – ) adalah sebagai perbelanjaan atau duit keluar. Simbol ( + ) adalah sebagai pendapatan atau duit masuk.
Dalam whatsapp kan ada tarikh bila kita tulis. Jadi, hujung bulan kita boleh semak balik perkara berikut :
- Berapa duit kita dah belanja
- Bila tarikh kita belanja
- Apa yang kita belanja
- Belanja lebih bajet atau tak
- Apa yang terlebih bajet
Kesannya, kita akan tahu belanja setiap bulan terlebih kat mana supaya lebih beringat dan perbaiki cara perbelanjaan ke arah yang lebih berhemah.
Tips ni pun boleh buat untuk benda lain juga. Kalau nak simpan resepi, location, nak buat senarai tugasan, senarai barang nak beli, cuma buat group whatsapp suami isteri dan tulis la apa saja dalam group whatsapp tu untuk simpanan. Semoga bermanfaat. Hebat kan?
Kredit: Nik Mohd Fahmi