Gadis Amal Selawat Nabi, 2 Kali Dapat Tawaran Kerja Di Saat Memerlukan, Gaji Pun Tinggi

Assalamualaikum semua.

First of all, terima kasih kepada pihak admin jika confession ini disiarkan. Diharap ia dapat memberi manfaat. Nama sis (nama samaran) Cik Keding, usia akhir 20-an. Tujuan sis menulis confession ini setelah terbaca artikel tentang kelebihan surah al-waqiah. Jadi sis tergerak hati untuk berkongsi tentang kelebihan selawat. Apa yang cuba disampaikan ini berdasarkan pengalaman dan apa yang telah sis belajar.

Dulu, sis pernah pergi kuliah dan ustaz tu bercerita tentang keistimewaan Rasulullah s.a.w. Masa tu, sis terfikir, kenapa kebanyakan ustaz suka bercerita tentang perihal Rasulullah hatta capal Rasulullah. Lama kelamaan, barulah sis faham selama hampir 6 tahun mencari ‘sir’ tentang selawat. Jawapannya sangat mudah dan ringkas. Rasulullah itu utusan Allah. Biar sis bagi analogi untuk mudah difahami. Rasulullah itu diibarat YB, manakala Allah itu diibarat PM. (Maaf ini hanya analogi sahaja semata-mata,tujuan untuk lebih memahami berdasarkan apa yang berlaku disekeliling).

Contohnya, bila kita hendak meminta sesuatu macam pembangunan di kawasan kita, kita akan menulis surat atau membuat permohonan kepada wakil rakyat apa yang kita hajati. Seterusnya, kewajiban wakil rakyat pula untuk menyampaikan hasrat rakyat kepda PM. Mudahkan untuk memahami? Jadi, berbalik kepada selawat, kita digalakkan untuk berselawat untuk memohon hajat atau meminta bantuan. Sebab kita (hamba) boleh direct berdoa kepada Allah tetapi bila ‘dihubungkan’ dengan wasilah Rasulullah, Allah terus memakbulkan hajat atau bantuan tersebut asbab kecintaan Allah yang mendalam kepada Rasulullah. Nampak kan ? Kecuali kedudukan para wali dan nabi-nabi, Allah terus makbulkan.

Berdasarkan pengalaman sis, Alhamdulilah banyak sangat kelebihannya.

Pengalaman 1 : Pada tahun 2016, sis pernah berhenti kerja for a long period. Jadi, masa tu sis dah susah hati sebab kebanyakan majikan susah nak ambil pekerja yang dah lama berhenti. Jadi, masa tu sis ambil keputusan untuk amalkan selawat dengan niat Allah mudahkan urusan mencari pekerjaan. Alhamdulilah, tak sampai seminggu sis amalkan, dapat interview dan terus diterima kerja. Masa iv tu, macam-macam bos tanya tapi sis hanya mampu tersenyum sebab dah berhenti lama, jadi banyak lupa. Tapi berkat selawat, sis dapat kerja tersebut immediately dengan gaji yang sesuai mengikut pengalaman.

Pengalaman 2 : Tahun 2017, sis berhenti tempat kerja previously atas sebab-sebab tertentu. Masa tu, hati dah gelabah. Dengan macam-macam komitmen, dan zaman sekarang susah nak dapat pekerjaan dalam bidang belajar masa universiti. Jadi, sis amalkan la selawat. Masa tu mohon kerja pada Feb 2017, tup-tup dapat panggilan iv (well-known company in construction) pada penghujung Mei 2017. Sis pun pergi dengan keadaan demam yang teruk. Masa iv tu, hampir sejam, banyak benda yang ditanya oleh panel, sis hanya jawab sis akan cuba terbaik (sebab tak ada pengalaman yang luas dalam handle projek hospital).

Masa iv tu, sis redha jika rejected sebab tak ada pengalaman. Part paling terkejut bila last tu, panel tanya berapa gaji boleh offer. Unexpected, gaji yang di offer agak tinggi. Masa tu dah sujud syukur sebab dengan keadaan ekonomi yang gawat lagi-lagi field in construction. Dan paling surprising bila diberitahu oleh rakan, ada 2+ resume yang diterima tetapi yang hairan ye hanya resume sis sahaja yang Dept HR terima. Nampak kan kuasa kelebihan selawat?

Itu hanya sebahagian sahaja pengalaman selepas amalkan selawat. Sekadar untuk berkongsi pengalaman yang mudah-mudahan membantu pembaca terutamanya yang sedang mencari pekerjaan. Moga bermanfaat.

– Cik Keding via IIUMC

Selawat Ibrahimiyah

اللهم صل على محمد وآل محمد

Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan Tahiyyat Akhir di dalam solat.

Selawat Ibrahimiyah dalam Tahiyat Akhir adalah sunat haiah bagi mazhab Shafie dan wajib bagi mazhab Hambali. Begitu besar penghargaan yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim, sehingga selawat kepadanya disyiarkan dalam solat kita.

Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s. . Terdapat hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a. dan Imam Ibnu Khuzaimah r.a. yang menganjurkan agar kita berselawat ke atas kedua-dua Nabi Besar SAW itu.

Lafaz selawat ini sebagus-bagus, selengkap-lengkap dan sesempurna lafaz ke atas junjungan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam solat.

Ibnu Taimiyyah berkata, “Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah Selawat Ibrahimiyah.”

Fadhilat Selawat Ibrahimiyah

1.  Mendapat pahala yang besar kerana selawat ini tergolong sebagai selawat utama.

2.  Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membaca selawat ini, nescaya aku saksikan baginya di hari qiamat dengan pengakuan dan aku beri syafaat baginya.”

3.  Berkata setengah ulama; “Sesiapa membaca selawat ini 1000 kali, InsyaAllah dia akan bertemu NabiShallallahu ‘Alaihi Wasallam di dalam tidurnya.”

4.  Menurut Ahmad As-Shawi; “Sesiapa membaca selawat ini akan mendapat syafaat dan pertolongan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam di hari Qiamat.

Sumber : shafiqolbu

Author: admin

Leave a Reply