Ramai orang suka memasak tapi tak ramai yang pentingkan tempat buang sisa makanan atau lebihan makan yang digunakan sebelum memasak mahupun selepas memasak. Oleh itu, tong sampah kat dapur cepat sangat penuh tanpa diuruskan dengan betul sehingga menimbulkan bau yang sangat busuk dan mengganggu. Di sini admin ingin kongsikan tips Elak Sampah Berbau dan Berair yang mana sudah pasti setiap orang yang memasak boleh amalkan dengan mudah sekali.
Salah satu sumber makanan yang sangat penting dan sudah pasti setiap keluarga membelinya adalah telur, ia sangat mudah dimasak dan disukai ramai terutamanya anak – anak. Masak nasi putih goreng telur pun sudah cukup sedap bagi mereka kan. Beli sepapan yang 30 biji tak sampai seminggu boleh habis. Sarang telur tu pun dah bertimbun. Kadang bila dah serabut sangat melihatnya mama akan buang je kan. Betul tak?
Tapi kali ini apa kata cuba jadikannya alas tong sampah untuk serap air sampah dan secara tak langsung tong pun akan kering. Tips Elak Sampah Berbau dan Berair ini boleh dipraktikkan dengan mudah seperti mana perkongsian daripada Nur Husna Shaikun melalui Group #kemasrumahwithhani tentang tips dan kegunaan sarang telur untuk elakkan sisa makanan berbau busuk dan berair.
Projek sarang telur untuk alas tong sampah daripada group tersebut jugalah anda boleh buat terus. Langkahnya senang je nak buat ni; Ikut jer…
Ambik sarung telur terpakai dan ukur pada bahagian bawah tong sampah.
Potong bagi muat-muat dengan saiz tong sampah anda ya.
Masukkan plastik sampah dan lapik pula dengan sarung telur yang sudah dipotong tadi.
**Fungsinya bagi serap air dan bau…
Menjengah di ruangan komen pula, warganet turut menggunakan cara yang sama bagi mengelak sisa sampah di dalam rumah berair dan berbau selain memberi tip lain yang berguna.
Kredit: Nur Husna Shaikun