Kanak-kanak suka bergaduh sesama mereka, tak kira sesama rakan sebaya atau adik beradiknya. Sebagai ibu bapa, ini sedikit sebanyak memberi tekanan. Ada ibu bapa yang sudah melakukan pelbagai cara, namun anak masih suka bergaduh dan tak makan nasihat.
Anak-anak saya juga bergaduh antara mereka, tapi bukanlah bergaduh yang bertumbuk tu, bergaduh sebab berebut macam-macam benda…mainan la, makanan la, tengok cerita la, berebut selimut la..boleh dikatakan semua benda la nak berebut..bila dah berebut tu, mula la si adik tu menjerit-jerit…hmmmm…stress jugak kadang-kadang dengan kerenah anak-anak ni..tapi tu la, anak kan amanah Allah untuk kita..jadi ibu bapa mesti banyak bersabar dan berusaha untuk mendidik anak-anak menjadi seorang hamba Allah yang terpuji..salah satu nya jangan putus-putus berdoa kepada Allah s.w.t…
Doa itu senjata mukmin. Dalam mendidik anak, jangan kita abaikan ajaibnya kuasa doa. Hari ni saya nak share doa untuk menghalang anak kecil daripada bergaduh. Mesti amalkan dan yakin dengan kuasa Allah yang Maha Mendengar masalah hamba-hambanya…In Sha Allah semuanya dengan izin dariNya.
Tidak rugi untuk kita terus berdoa dan berharap kepada Yang Maha Pencipta…Di bawah ditunjukkan cara dan amalan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa semua…
Amalkan membaca surah Al-Fatihah dan selawat untuk menghalang anak-anak dari bergaduh. Ini diikuti dengan dengan bacaan surah al-Insyirah sebanyak tujuh kali kemudian bacakan ayat 200 dari surah Ali-Imran serta doa berikut :
“Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim ”
Selepas itu hembus kedalam air untuk di beri minum kepada anak. Boleh juga dibaca dan dihembus pada ubun-ubun anak setiap malam. Berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah kunci terbaik seorang hamba memohon hajat untuk diperkenankan..Semoga anak-anak kita semua lembut hati dan kurang untuk bergaduh antara mereka kelak..Share artikel ini untuk manfaat ibu bapa yang lain juga… 1 kebaikan yang kita lakukan pasti akan digandakan oleh Allah s.w.t mungkin murah rezeki kita, mungkin anak-anak kita anak yang soleh dan solehah, mungkin dipanjangkan usia kita, mungkin juga rumah tangga dan keluarga kita bahagia dan harmoni…semuanya dengan izin dari Allah s.w.t
CARA ELAK ANAK BERGADUH
Saya berikan satu situasi.
Seorang anak yang berumur 3 tahun memukul abangnya, lalu abangnya menangis. Sebagai seorang ibu, bapa atau pengasuh, apakah yang akan kita lakukan?
Biasanya, ramai yang akan menjerit. Jeritan yang boleh didengari sejauh 5 kilometer (Ok, gurau!). Tanpa berfikir panjang kita mungkin akan terus memarahi si adik dan mungkin juga pantas memukulnya. Atau mungkin kita tidak memberikan apa-apa respon terhadap perbuatan tersebut sehingga si abang terasa yang dia sudah tidak disayangi lagi dan adik boleh melakukan apa sahaja tanpa dimarahi sesiapa.
Mungkin kita boleh pertimbangkan beberapa perkara di bawah:
1. PISAHKAN MEREKA DAHULU
Ketika berlaku perkara sebegini, hentikan dengan segera. Pisahkan adik dan abang supaya pergaduhan tidak melarat. Namun jika masih di tahap biasa, bukan tahap memukul atau mencederakan iaitu sekadar mahu berebut barang, lihat dahulu apa yang bakal berlaku. Biar mereka belajar bagaimana untuk menanganinya sendiri.
2. TENANGKAN ANAK YANG KENA PUKUL
Dalam keadaan abang yang mungkin kesakitan dipukul adik, kita perlu menenangkan si abang dahulu. Pujuk dan lihat tempat yang sakit. Letak ubat jika perlu. Adik yang memukul tadi pasti sedang memerhati. Biarkan dia. Dia mungkin sedang marah, geram atau tidak puas hati.
3. NASIHAT ANAK YANG PUKUL
Apabila abang sudah berhenti menangis, tugas untuk menasihati adik pula. Lihat keadaannya dahulu. Adakah dia masih marah dan cuba cari punca kemarahannya. Kemarahan mungkin disebabkan masalah kominikasi. Mungkin si abang tidak memahami si adik dan si adik marah. Tanya dengan baik kenapa adok melakukan perkara tadi. Ajak dia berbual-bual bukan menyoal siasat.
4. ELAKKAN MENJERIT
Dengan perlahan-lahan kita tunjukkan cara yang betul untuk bermain. Kita mengajar anak untuk menangani kemarahan dengan cara kita menunjukkan bagaimana kita mengendalikanmasalah ini di hadapan mereka. Ibu tidak perlu terus marah atau menjerit. Bila mula menjerit, itu sudah menunjukkan petanda yang tidak baik. Jika kita terus menjerit untuk menghentikan pergaduhan, maka anak akan menganggap cara itu boleh diterima. Selagi ibu tidak menjerit, selagi itu mereka tidak akan diam!
5. NASIHAT SECARA BERTERUSAN
Nasihat dan terus nasihat. Ini adalah proses yang berterusan. Nasihat melalui gurau senda dan bercerita. Segera memuji jika anak melakukan sesuatu yang baik. InsyaAllah anak-anak dapat berkelakuan baik.
Anak juga mempunyai hak untuk dihormati. Mereka tidak mahu disakiti dan tidak suka juga kita mejerit kepada mereka. Mereka belajar menghormati dengan melihat bagaimana kita menghormati mereka.
Boleh baca cara mendidik anak yang baik dan pintar dalam artikel terdahulu.
Selamat mencuba!
VIDEO:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!