Dr Zaharuddin Abd Rahman Kongsi Amalan Doa Elak Penyakit Kemurungan

Tanda-tanda kemurungan tidak boleh dipandang ringan. Banyak kes yang berlaku, apabila sesorang mengalami kemurungan, lebih cenderung untuk bertindak di luar kewarasan fikiran seperti membunuh diri. Seeloknya apabila mempunyai simptom kemurungan, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.Dalam masa yang sama, jangan putus berdoa agar diberi kekuatan dalaman untuk mengatasi keadaan ini.

Antara tanda-tanda apabila mengalami kemurungan adalah seperti berikut;

Dr.Zaharuddin Abd Rahman ada berkongsi doa yang boleh dijadikan amalan ketika dalam keadaan kemurungan.

Berikut perkongsian tersebut.

Kemurungan yang serius yang boleh mendorong pesakit membawa kepada kematian melalui bunuh diri atu apa-apa tindakan yang boleh membahayakan diri sama ada secara sedar atau tidak adalah suatu jenis ‘penyakit’ yang merbahaya.

Antara puncanya adalah terlalu berat perhatian, tumpuan, kerisauan terhadap hal-hal berkait urusan dunia yang tidak diperolehi seperti yang diingini. Tidak dinafikan, ada juga faktor-faktor lain yang menjadi penyebab serta di luar kawalan.

Sebagai umat Islam, bagi mengelakkan kemurungan berbahaya yang berpunca dari faktor-faktor keduniaan seperti ini, maka bacalah dan amalkan doa ini …

اللَّهُمَّ َلاَ تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا ، وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا ، وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا ، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا

Ertinya :
“Ya Allah janganlah Kau timpakan musibah pada agama kami, dan janganlah juga Kau jadikan dunia ini sebagai sebesar-besar KERISAUAN & TUMPUAN kami serta (janganlah Kau jadikan) pengetahuan kami mengenai dunia semata-mata, dan janganlah Kau biarkan orang yang tidak mengasihani kami menguasai kami”

Doa ini dipetik dari doa yang lebih panjang, sumber doa adalah hadis riwayat Al-Tirmidzi bertaraf Hasan.

Sama-sama juga berdoa agar kita diberi panduan berterusan, kesabaran dan kekuatan terutamanya apabila berhadapan dengan pelbagai ujian..Bagi mereka yang sudah mempunyai simptom kemurungan, adalah sangat baik bagi mendapatkan rawatan dan ia perlu dilakukan dengan segera.

#DrZaharuddinAbdRahman

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Perbanyakkanlah berdoa dan jadikanlah doa ini sebagai satu amalan, semoga diri diberi kekuatan dalam menghadapi setiap ujian serta kesukaran yang di berikan. Jika mempunyai tanda-tanda kemurungan segeralah berjumpa doktor untuk membantu mendapatkan rawatan.

Sumber: Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Author: admin

Leave a Reply