Timun sudah semestinya dikenali ramai sebagai salah satu bahan masakan yang mampu untuk menyejukkan badan. Tambah pula dalam cuaca yang panas sekarang ini, lagi sesuailah untuk makan timun atau menggunakan timun sebagai bahan penjagaan wajah. Selain boleh digunakan sebagai face mask, timun juga boleh juga dijadikan sebagai penyegar wajah atau face mist spray. Tak perlu beli di kedai, anda hanya boleh DIY sendiri di rumah! Jom cuba.
JOM DIY FACE MIST SENDIRI
Musim panas sekarang ni kan? Kulit rase perit je kan. Meh tengku ajar cara buat face mist sendiri. Bagus untuk sejukkan kulit muka. Kecikkan liang pori, tegangkan kulit dan eyebag. Perah lemon sikit untuk muka sunburn dan jerawat.
1) Bahan: timun sebatang.
Potong-potong. Rebuskan dengan air sikit. Jangan lama sangat. Sebab timun ketegori sayur. Rebus lama nanti vitamin dia hilang. Agak lembut sikit boleh terus angkat. Sejukkan sekejap.
2) Blend timun tadi dengan sedikit air rebusan. Agak-agak je. Jangan banyak sangat.
3. Siapa ada jerawat atau sunburn. Boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
4) Masukkn dalam botol spray. Botol ni tengku beli dekat mr diy. Dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak tadi kan.Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Dah pakai tak payah bilas. Biar je kering macam tu.
Letak dalam botol spray lagi senang!
*Boleh dibawa ke mana-mana sahaja dan diletakkan dalam beg. Bila cuaca panas, boleh kita spray sahaja di muka!
Video cara lain menyediakan face mist :
Sumber: Tengku Wdec