Info Buat Kaum Suami. Ketahui 5 Dilema Isteri Yang Ramai Suami Tidak Pernah Ambil Tahu

Kadangkala suami terlupa, isteri walaupun sudah lebih 10 tahun hidup bersama dia masih mahu suami memanjakannya. Dia mahu suami sesekali menyuap makannya, memotongkan kuku kaki, tangannya, menggosok tubuhnya ketika mandi. Dan semua itu, jarang sekali dapat diperoleh selepas melepasi fasa kematangan rumah tangga.

Ya, mungkin suami lupa untuk melakukan semua itu. Kerana fikir suami, isterilah selayaknya membelai dan memanjai diri mereka lantaran merekalah ketua keluarga.

Turunkan sedikit ego itu, kerana tak salah pun memanjakan seorang isteri. Dengar luahan hati wanita ini, Pn Saidah Aziz yang barangkali boleh membuka mata para suami inilah sebenarnya fitrah seorang isteri.

  1. Isteri Bukan Orang Gaji Untuk Suami

Orang gaji pun berbayar setiap bulan tapi isteri zero gajinya. Sudahla tiada gaji, mahu beli itu ini yang tidak seberapa harga pun dikeluhkan suami.

  1. Isteri Bukan Sekadar Tempat Untuk Melepaskan Nafsu Suami

Time lain pegang tangan, peluk dan bermesra dengan isteri pun tidak tetapi bila time yang ‘itu’ boleh pula.

  1. Isteri Dan Rasanya Semua Wanita Suka Bersembang

Suka bercerita itu ini especially dengan suami. Tapi bila suami buat tak endah dan telefon ditangan lebih penting dari melayan isteri yang tak sampai sejam, tengokla next lepas itu isteri tak akan bersembang lagi. Baik melayan dan cakap dengan anak.

  1. Isteri Bila Dia Cakap ‘Dia Tak Sihat’ Maka Memang Dia Sebenarnya Tak Sihat

Ingat direka-reka ke?Beri perhatian sedikit padanya. Jika suami tidak sihat bukan main beria isteri jaga, suruh berehat dan tak beri anak kacau tapi bila turn isteri sikit pun tidak ditanya.

Mungkin jika keadaan kesihatan isteri semakin teruk baru percaya. Terserlah sifat tidak ambil berat sang suami.

  1. Isteri Bukan Robot

Segala hal anak, rumahtangga dan juga kewangan perlu dibuat serentak. Suami buat hal sendiri seperti tiada isteri dan anak. Tahu tahu balik rumah untuk tidur sahaja.

Kesimpulan

Rata-rata isteri menghadapi masalah ini. Setahun dua berkahwin masih baik tetapi lepas itu sebaliknya berlaku. Dan diatas semua yang tak elok dari suami, tak semuanya begitu. Ada yang suami sangat ambil berat, hargai, tunjuk kasih dan sayang pada isteri. Beruntung para isteri punya suami begini.

Untuk suami, bila diijab kabul satu tangungjawab besar sudah berada diatas bahu kalian. Jika sudah bersedia teruskan dan jika tidak baik elakkan dahulu.

Jangan buat isterimu menderita. Jika dapat isteri yang baik, taat padamu hargailah dan sayangilah dia selagi nafasnya masih ada. Jika dapat yang sebaliknya itu tugas kalian untuk memimpinnya ke jalan yang baik.

Semoga memberi manfaat.

Author: JVC

Leave a Reply