Kulit wajah yang cantik dan bersih sememangnya menjadi impian semua. Namun, masalah biasa yang sering dihadapi oleh setiap individu adalah muka berjerawat. Kalau tumbuh satu dua tak apa, tapi jika jerawat batu sudah penuh di wajah, tinggalkan kesan parut hitam lagi, fuhh siapa yang tidak stress.
Seorang pengguna media sosial Aznini Azis melalui laman facebook tampil berkongsi pengalaman beliau. Dengan kulit wajah yang teruk, beliau berjaya merawat masalah itu dalam tempoh dua bulan sahaja dengan menggunakan produk yang dibeli dari drugstore. Melalui gambar yang dikongsikan, wow jelas menunjukkan kulit gadis itu nampak bersih dan flawless.
Harga produk yang digunakan juga sangat mampu milik dan paling penting berkualiti dan selamat. Untuk penerangan yang lebih jelas, jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat !
RAWAT KULIT BREAKOUT DENGAN PRODUK DRUGSTORE
Bismillahirahmanirrahim. Pertama sekali, kulit muka aku breakout bukan disebabkan oleh pemakaian local produk tapi disebabkan alergik makanan. Jenis jerawat yang menyinggah tak payah cakap la semua jenis ada. Jerawat batu, nasi, pasir and so on. Kalau dah muka menggerutu cenggitu nak keluar rumah pon kurang confident apatah lagi nak jumpa orang. Nasib la aku jenis yang study jauh dari kampung takdela orang kenal sangat. Okay ni antara produk yang aku guna yang harga mampu milik dimana korang semua memang terlebih mampu nak beli.
SEBELUM ( Hujung tahun 2017 )
SEKARANG
Kesimpulannya aku baru try semua produk ni awal tahun 2018. Sekarang dah kira 2 bulan lebih la tapi serius menjadi. Sebab tu la aku kongsikan supaya korang pon boleh berjimat dalam merawat kulit. Aku paham macam mana perasaan bila muka menggerutu dengan jerawat dan parut berkeliaran. Self confident tu memang low gila. Nah aku dah try bagi solusi dekat korang. Besok boleh pegi cari. Goodluck.
Cleanser ( EUCERIN ) RM 45
Untuk korang yang kulit sensitif namatey korang boleh try guna ni. Sebab kulit aku memang over sensitif. Bila try je cleanser lain yang tak sesuai terus rasa pedih dan muka jadi kering gila plus merah-merah mintak cendol. Tapi yang ni serius best sebab dia moist kan kulit dan langsung tak mengeringkan kulit.
Scrub ( OATMEAL ST. IVES ) RM 2+
Okay part scrub ni korang kena pilih ikut jenis kulit sebab dia dah spesifikasi kan mengikut jenis kulit muka kita. Aku pilih yang oat meal sebab dia punya biji scrub tu halus dari yang appricot punya. Yang oat meal ni sesuai untuk korang yang dry skin sebab dia bertindak melembapkan kulit.
Toner ( SAFI ) RM 8.++
Okay toner ni tak semua orang rajin nak pakai. Tapi dia antara step yang paling penting dalam rutin harian. Bagi korang yang ada masalah pori terbukak lebar seluas kuali tu korang memang patut apply toner. Paling malas pon sehari sekali pon dah cukup la. Tak kisah la toner jenis apa pon janji sesuai dengan kulit muka korang.
Serum ( CHRISZEN ) RM 32.+
Okay serum ni tak semua orang suka pakai jugak sebab ada yang jenis melekit dan berminyak. Korang kena pandai cari yang water based sebab dia terus meresap kedalam kulit kita. Aku pilih yang ni sebab dia ada effect brightening dan moisturizing plus ada collagen sekali.
Moisturizer ( SAFI ) RM 4.+
Mesti pelik kan, dah pakai serum pastu nak pakai moisturizer lagi? Aku suka double kan dia sebab kulit aku jenis dry namatey. Lagipon aku suka buat benda ni mekap based sebelum aku pakai mekap sebab dia buat skin kita nampak moist and glow gitteww.
Masker ( NARUKO )
Masker ni best gila babas sebab dahla murah lepastu banyak pilihan pulak. Korang pon tau kan produk naruko ni antara produk yang best seller dekat taiwan. So aku pernah try yang hydrating dengan yang brightening. Dia punya skin lepas pakai memang best. Dia dapat minimize kan pores kita dan memang hydrate kan kulit. Serius korang kena try!
Ubat jerawat ( PONDS ) RM 8 ringgit lebih
Okay dalam banyak-banyak ubat jerawat yang aku pernah try tapi yang ni paling superb. Bagi la jerawat besar gedabak mana pon dia boleh settle. Sapu malam ni esoknya terus lesap gittew. Lepas apply korang akan rasa panas atau pedih sikit mungkin sebab nak matikan kuman dekat jerawat tu.
Ubat parut ( HIRUSCAR ) RM 20.+
Yang ni pon best sebab murah tapi berkesan. Ramai yang syorkan ubat parut yang sampai 80 hinggit tapi sis tak mampu nak beli. Last sekali cuba yang ni dan kesan dia memang bagus namatey. Memang la dia punya kesan bukan harini sapu besok hilang. Makan masa jugak la diknon. Mana2 ubat parut pon cenggitu la kesan dia. Yang aku cuba sampai kan ni dia murah tapi kesan dia setanding dengan yang mahal. Haa gitu.