Patutlah Dapat Lebih 17K Share, Rupanya Cara Nak Buat Perapan Daging Bakar Ni Mudah Sangat

Nak buat suami makin sayang mudah aje, jaga perutnya! Barulah bahagia sehingga ke akhir hayat. Sebagai isteri tentunya pelbagai resepi dicuba supaya suami suka makan dirumah.

Kepada para isteri yang ingin cuba resepi buat suami tercinta, boleh cuba resepi viral ni, iaitu  daging bakar serta sos pencicah. Memang superb! Jom semak perkongsian menarik puan WN Ateeqah agar menjadi menu kegemaran suami dan anak-anak.

Daging Bakar Viral

  • Hiris daging dan bersihkan

  • Bahan perap 4 sepupu..sukatan main bedal. Ikut suka jari menggaul agak2 sebati gituhhh.  Sos tiram Sos cili Sos blackpepper Nampla ***brand tak kisah mana-mana yang korang suka Tudung periuk kat belakang tu tak de fungsi. Lupa nak alih

  • Pastu lada hitam kisar dalam sesudu teh..nak bagi kaww lagik.Tadaaa..macam ni la rupanya lepas digaul. Perap selama 1 jam. Lagi lama lagi sedap. Eh..minyak masak lupa nak snap. Ko letak dalam 3-4sudu makan. Nak bagi lembut2 sikit. Barulah jimat poliden.  Resepi asal letak gula. Aku tak letak. Dah cukup manis sos semua tu.

  • Pastu bakar dalam pan ajaib kesayangan korang tu. Makesure betul-betul panas dulu baru ko letak daging. Masa ni bau dia fuhhh…perut dan  bunyi.

  • Tadaaaa..siap dibakar. Ikut suka korang nak tara mana. Nak garing ke, nak separuh masak ke..up to u

Sos pencicah sedap!

  • 2 sudu makan beras disangai.

  • Ko tumbuk halus. Lepas tu ketepikan. Epik betul lesung batu

  • Sekeping gula melaka/nisan Tumbuk sampai hancur atau sampai tangan lenguh

  • Cili padi ikut suka banyak mana. Ku letak 5biji. Tekak melayu. Bukan tekak korea samyang

  • Nampla 3 sudu. Baik2 jangan terpercik macam aku tadi. Abis achemm baju

  • Limau nipis sebiji amik air je. Aku suka masam. So letak 2 bijik.

  • Asam jawa dalam sesudu teh. Aku suka yang adabi tu. Senang dan sedap

  • Letak bawang merah yang dihiris dalam 4-5biji.

  • Daun ketumbar hiris halus. Aku suka letak banyak. Masa gigit tu lahai..yummy.

  • Beras sangai tadi ko masukkan. Ke dah lupa?

  • Dah gaul sebati rasa sikit. Nak tambah garam ke gula ke seenak tekak lah. Gula aku x masukkan sebab dah cukup manis gula melakanya. Garam letak sikit.

Ya Allah..licin daging tadi kena lahap laki bini ? Masa makan x sedar wei. Sedar2 je last bite. Dan la snap. Sos pon nasib x licin woii.Selamat mencuba!

Author: admin

Leave a Reply