Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Sendiri Sosej Ayam Keju Sedap Untuk Anak Tanpa Bahan Pengawet

Mudah je sebenarnya nak buat sendiri sosej ayam keju ni. Anak-anak biasanya memang suka makanan sampingan seperti nugget, sosej, kentang goreng dan sebagainya berbanding makanan berat seperti nasi dan mi. Tapi walaupun anak suka, makanan proses ni tak elok sebenarnya kalau mak-mak berikan selalu.

Lagi pulak, makanan proses yang dibeli ni mengandungi banyak perasa tambahan dan bahan pengawet.Melalui perkongsian oleh Puan Nyssa Kamal, wanita ini kongsikan cara mudah nak buat sendiri Sosej Ayam Keju yang sedap dan paling penting tiada bahan pengawet serta 100 peratus menggunakan daging ayam. Tak lah risau nak bagi anak makan sosej ni, sebab bukan sahaja sedap, malah bahan-bahannya pun terjamin selamat.

Bolehlah mak-mak cuba buat sendiri. Tak perlu beli dah makanan proses ni. Berikut merupakan perkongsiannya;

Bahan-Bahan:

  • Daging ayam
  • Cheese keping (2-3 keping)
  • 1 sudu kecik mix herbs
  • 1 sudu kecik cajun (kalau tak nk letak pun xpe sbb cajun ni rasa pedas)
  • Garam (ikut sedap rasa)
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Sedikit bawang putih
  • Plastik ais krim atau daun pisang

Cara Membuat:

  1. Kisar daging ayam
  2. Masukkan cheese yang dah dikoyakkan dan bahan-bahan yang lain serta gaul sampai sebati.
  3. Masukkan ke dalam plastik ais krim (boleh rujuk gambar) atau pakai daun pisang lagi senang.
  4. Kukus dalam 10-15min.
  5. Selepas kukus koyakkan plastik dan sejukkan sekejap.
  6. Simpan dalam peti sejuk.

  • Sosej ini sedap dimasak sup atau digoreng. Yang pasti menggunakan bahan-bahan sihat untuk anak-anak.

Selamat Mencuba!

Author: admin

Leave a Reply