Cara Mengemas Rumah ‘Emergency’ Apabila Tetiba Tetamu Nak Datang

Pasti ramai yang mengalami situasi ini. Di saat anda bermalas-malasan atau pun sibuk di pejabat, tiba-tiba dapat panggilan ada orang nak datang rumah. CEMAS HABIS!!

Rumah bersepah dan tak berkemas lagi. Khuatir malu, sampai ada yang sanggup menipu kata tak ada di rumah lah, sebok lah, nak keluar lah. Tak baik tau. Tetamu datang kan bawa rezeki, perginya membawa dosa kecil kita.

Jadi, tak perlu risau. Jangan ingat untuk berkemas kita perlu peruntukkan masa yang panjang seperti yang anda lakukan setiap hujung minggu tu. Cuba ikut tip mengemas 15 minit yang disediakan.

Ruang tamu

Ruang tamu adalah tempat utama yang anda perlu kemaskan. Apa yang anda perlu lakukan?

1. Buka tingkap dan beri pencahayaan sepenuhnya pada ruang tamu
2. Semburkan aroma kesegaran atau pasangan lilin terapi yang memberi kesegaran
3. Ambil bakul, dan kumpulkan apa sahaja barang yang kelihatan bersepah di atas lantai, sofa dan meja kopi.
4. Simpan bakul tersebut di dalam almari atau sorok sementara di bilik yang anda rasa memang tetamu tak akan masuk
5. Lap permukaan meja kopi dengan kain kering dan bersih. Jangan guna kain basah nanti kesan kotoran atau watermark mudah kelihatan
6. Vacuum kawasan yang anda rasakan berpotensi menjadi tempat duduk tetamu.

Bilik air

Pernah dengar tak, kebersihan bilik air melambangkan peribadi anda. Jadi, pastikan bilik air tak kira lah yang jarang dipakai perlu sentiasa kemas dan bersih.Tapi mungkin anda belum sempat nak cuci tanda, ini yang anda perlu lakukan.

1. Buka tingkap tandas atau saliran udara
2. Kutip semua pakaian, sampah yang terdapat di dalam bilik air dengan kadar segera. pakaian yang dikutip tadi terus letak dalam bakul cucian dan sampah tu buang lah.
3. Cuci ringkas toilet bowl, sinki, dan lantai dengan menggunakan sedikit sabun cucian. Jangan banyak sabun, nanti nak hilangkan buihnya pun dah satu hal.
4. Tutup mangkuk tandas
5. Gunakan kain bersih yang kering untuk lap cermin, dan kemudian sinki yang telah dicuci tadi dan penutup mangkuk tanda. Nanti jika dibiar kan basah, lagi nampak tidak bersih dan tetamu perasan, macam baru cuci je. hehehe
6. Akhir sekali semburkan aroma wangi di dalam bilik air dan tandas

Ni antara ruang yang paling jarang nak dikemas kan? Ada tu, orang nak datang baru nak mengemas. Jadi, apa yang anda perlu lakukan:

1. Buka semua tingkap dan selak langsir untuk memberi pengudaraan segar.
2. Basuh semua pinggan mangkuk yang bertindan-tindan dalam sinki dan susun di rak pengering. Untuk cucian pinggan lebih mudah dan cepat, tadah air sabun dalam sinki atau dalam besen dan rendam semua pinggan mangkuk kotor. Kotoran degil pun mudah untuk ditanggalkan
3. Susun pisau pemotong di dalam satu bekas. Kalau anda tak ada bekas penyimpan pisau yang khas, dalam laci pun boleh.
4. Lap meja makan atau tabletop di dapur dengan kain bersih dan kering
5. Akhinya buang sampah

Pintu masuk

Pintu rumah adalah ruang yang terakhir anda perlu kemas. Mengapa pintu sedangkan ia menajdi laluan utama tetamu. Sebenarnya, kalau masa anda tengah mengemas depan pintu dan tetamu sampai, tak lah nampak sangat anda baru nak membersihkan rumah. Lagipun, bahagian dalam semua dah sempurna tak perlu risau apa dah.

1. Angkat alas kaki dan ketok kan bagi semua habuk-habuk dan pasir keluar.
2. Susun semua kasut pada rak yang telah di sediakan
3. Dan sapu perlahan-lahan sambil menunggu tetamu tiba

DAH SIAP MENGEMAS!

Sumber: Petua Ibu

Author: admin

Leave a Reply