Lintah bulan merupakan perosak utama terhadap tanaman anda dengan bentuknya seperti siput yang tidak bercangkerang dan saiz nya antara suku inci hingga 10 inci.
Lintah bulan juga mempunyai pelbagai warna dan bentuk dan biasanya akan meninggalkan kesan buruk terhadap tumbuhan anda terutamanya tumbuhan yang masih belum matang.
Lintah bulan biasanya akan menyerang pucuk-pucuk muda.
Disebabkan itu, perosak ini berisiko tinggi untuk memusnahkan keseluruhan tumbuhan yang diserang dan pastinya anda ingin tahu cara menghapuskan lintah bulan.
Jika anda ternampak tumbuhan mempunyai kesan-kesan disinggahi lintah bulan, segera ke dapur dan cari bahan-bahan yang boleh mencegah lintah bulan dari datang semula.
Antara bahan-bahan yang terdapat di dapur yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini adalah dengan penggunaan kopi.
Selepas anda minum kopi, jagaan dibuang sisa kopi yang pekat tersebut.
Masukkannya ke dalam botol dan semburkan ke bahagian daun yang mempunyai kesan kehadiran lintah bulan.
Dengan cara ini, menggunakan kopi akan mencegah lintah dari terus merosakkan tanaman.
Sembur di bahagian atas daun dan di bawah daun, bahagian batang pokok dan di bahagian permukaan tanah.
Sumber: Petua Ibu