Cantik Guna Vaseline, Wanita Ini Kongsi Tip Penggunaan Yang Mudah Dan Jimat

Untuk makluman, ramai wanita yang tidak tahu, Vaseline boleh digunakan untuk mencantikkan kulit. Puan Sarifa Redzuan, Master founder produk bahan alami, kongsikan cara untuk cantikkan kulit menggunakan Vaseline dan beberapa bahan lain.

Tulis Sarifa Redzuan, Ramai orang tidak tahu bahawa untuk cantik boleh dengan vaselline sahaja.Jom cikgu share,:

1. RAMBUT KERING DAN BERCABANG

  • Sedikit Vaseline
  • Sedikit Minyak Zaitun @ Minyak Kelapa
  • Sapu setiap hari pada rambut bermasalah.

2. KAKI KERING/ TUMIT PECAH

  •  Sedikit Vaseline
  • Sedikit Minyak Almond @ Minyak Zaitun
  • Sapu pada bahagian yang bermasalah sekerap mungkin dan pakai stokin.

3. BIBIR KERING/GELAP

  •  Sedikit Vaseline
  • Sedikit Minyak Zaitun @ Minyak Almond
  • Sedikit Gula Perang Halus
  • Scrub bibir seminggu 3 kali. Kemudian sapu bibir setiap hari dengan Vaseline dan minyak.

4. BULU MATA, KENING NIPIS

  • Sedikit Vaseline
  • Sedikit Minyak Castor
  • Sapu pada bahagian yang bermasalah sekerapnya.

5. SIKU DAN LUTUT GELAP/KERING

  • Sedikit Vaseline
  • Sedikit Minyak Zaitun @ Minyak Almond
  • Sapu pada bahagian yang bermasalah sekerapnya.

6. KUKU JARI KERING DAN KUSAM

  • Sedikit Vaseline
  • Sedikit Minyak Zaitun @ Minyak Almond
  • Sapu pada setiap jari dan kuku sambil urut jari dan tangan.

7. BUANG MAKE UP

  • Sedikit Vaseline
  • Sedikit Minyak VCO @ Minyak Biji Anggur @ Minyak Almond
  • Kacau sebati buat sebagai make up remover. Make up yang susah tanggal sangat sesuai guna sebatian ini.
  • Kemudian guna tisu lembap atau pencuci muka. Kulit pun tak nampak pucat.
  • Sesetengah make up remover menarik zat yang ada pada kulit, hilanglah kelembapan kulit dan kulit jadi pucat.

Rugilah kalau muda-muda suka make up tapi tak suka jaga kelembapan kulit. Rugi sangat. Lepas ni dah tahu bolehlah cuba. Beli Vaseline buat stok.

Sumber: FB Sarifa Redzuan II

Author: admin

Leave a Reply