Candy Homemade Hilangkan Batuk & Sakit Tekak. Wanita Ini Kongsikan Caranya

Setiap kali anak batuk atau demam , pasti ibu orang yang paling tak senang duduk. Nak-nak lagi kalau anak-anak jenis yang sakit lambat nak sembuh. Kadang kala memakan masa berminggu-minggu.

Kerana itu, ibu sangat alert dan mengawal pemakanan anak-anak terutama makanan junk food seperti gula-gula dan sebagainya. Nak nak lagi anak jenis yang sukar untuk makan ubat. Puas dipujuk dengan pelbagai cara, ada sahaja alasan dan karenah mereka yang tidak mahu makan ubat.

Untuk ibu-ibu yang ada masalah ini, apa kata buat sendiri candy atau gula-gula untuk anak-anak. Istimewanya candy ini bukan sahaja selamat dimakan malah ia membantu melegakan batuk atau sakit tekak yang dialami anak-anak.

Namun, candy ini bukanlah ubat dan anak-anak tetap perlu mendapatkan rawatan doktor jika batuk berterusan dan tidak baik. Candy ini adalah sebagai rawatan alternatif.

Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri, jom tengok perkongsian dari AJ Idris ini.

Butang baju Melayu aku mana, Pahhh? ?

#homemade candy pelega batuk / sakit tekak.

Ini bukanlah ramuan ubat batuk, cuma sebagai alternatif untuk mengurangkan / melegakan sakit tekak dan batuk ringan. Kena juga jumpa doktor, tau.

Bahan-bahan

  • Sebiji lemon, ambil jus,
  • 1 sudu kecil serbuk halia,
  • 3 sudu kecil gula perang (dalam gambar sesudu je buat contoh). Boleh gantikan dengan gula putih kalau suka.

Cara membuat:

  1. Masak semua bahan di atas dalam api perlahan sampai berbuih macam ni. Kaca-kacau ya.
  2. Bila dah berbuih, tutup api. Kacau-kacau lagi sampai buih hilang, dan air tadi jadi pekat dan agak melekit.
  3. Cepat-cepat titiskan, sebab dia akan cepat mengeras. Titislah comel-comel. Kalau ada acuan, sila guna.
  4. Bila dah keras, taburkan gula ising. Tapi di sini saya taburkan serbuk bunga ros sebagai ganti gula ising. Kata pun nak sihat.
  5. Ini, warnanya agak gelap sebab saya gunakan gula merah.
  6. Yang ini, saya campurkan sedikit serbuk bunga ros dalam ramuan.
  7. Dah keras dan sejuk, simpan dalam bekas kedap udara. Siaplah sudah.

Author: admin

Leave a Reply