Daun Selom ni memang sedap dan banyak khasiat. Macam-macam menu boleh dihasilkan dengan menggunakan ulam ini baik dijadikan kerabu, dicampur dalam masakan seperti masak lemak cili api malah sedap juga dimakan mentah sebagai ulam.
Ulam ini biasanya dibeli kerana harganya juga tidak terlalu mahal. Namun jika mudah untuk ditanam, apa salahnya anda mencuba.
Pokok Selom mudah tumbuh dan cepat boleh dituai. Semakin dipotong, semakin elok subur tumbuhnya. Bolehlah dipetik segar setiap hari dan jika ada rezeki yang lebih, boleh dijadikan perniagaan juga. Menarik kan?
Nak tahu cara mudah untuk menanam ulam Selom ini? Saudari Nur Aida Md Zainuddin ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba.
5 Cara Mudah Tanam Ulam Selom
1. Batang Selom dipotong ikut ruas selom. Ruas tu nanti akan keluar akar. Rendam dalam air.
2. Lebih kurang 5-7 hari direndam dalam air, akar akan keluar melalui batang selom. Pastikan air rendaman ditukar selalu.
3. Tanam batang yang berakar ini secara melintang.
4. Tutup dengan tanah dan siram. Pastikan tanah sentiasa lembap.
5. Bila daun selom sudah merimbun, bolehlah dituai dan dinikmati hasilnya.
Selamat Mencuba
Sumber: Nur Aida Md Zainuddin Via Rasa