Adalah menjadi keutamaan sebagai ketua keluarga memberikan didikan agama kepada isteri dan juga anak-anak. Rata-rata punca penceraian yang berlaku kerana lemahnya agama di pihak suami. Maka akan terabai lah perkara-perkara lain seperti tanggungjawap kepada isteri dan keluarga.
Selain daripada menjaga solat lima waktu bersama isteri dan anak-anak. Suami amat digalakkan untuk menghafal 3 surah ini demi kesejahteraan keluarga. Yang masih bujang dan boleh mula belajar menghafal tak rugi pun.
Ini adalah 3 surah yang perlu dihafal:
- Surah Al Kahfi Ayat 15 – untuk anak yang degil boleh jadi lembut hatinya
- Surah Ibrahim Ayat 40 – untuk anak rajin solat dan jadi orang yang baik
- Surah Al Furqan Ayat 74 – untuk menjadikan keluarga sebagai penyejuk hati dan mata
Dalam kita mengejar harta dunia, kita kejar nak beli rumah pertama, kita kejar simpanan berpuluh ribu nilainya, tidak lupa kita kena kejar akan akhirat juga. Tiada guna harta dunia yang banyak walhal bila kita mati nanti doa dari anak yang soleh itu lah yang kita akan sentiasa nanti-nantikan.
Kita kejar keduanya, agar hati kita lebih tenang, dan sentiasa rasa bersyukur dan bahagia selalu. In shaa اللّهُ..
Doa Selepas Akad Nikah:
Khas untuk Bakal Pengantin Lelaki!!! *Bakal Pengantin Perempuan, jangan lupa tag pasangan anda ye.Dah hafal ke belum???
Kalau belum, ni kami kongsikan doa ni di bawah. Semoga membawa manfaat. Bacalah doa ini sambil menyentuh atau meletakkan tanganmu diubun-ubun isterimu selepas akad nikah, ini disunnahkan sebagaimana yang tersebut dalam hadith – Riwayat Abu Daud:
“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan:
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.”