Orang perempuan ni kadang-kadang pelik sikit, bila ada rambut panjang dia nak rambut pendek. Bila rambut dah pendek nak rambut panjang pulak kan. Jika anda mahukan rambut panjang dengan cepat, terdapat beberapa rawatan yang boleh meransang pertumbuhan rambut dari akarnya.
Walaupun begitu, anda juga boleh mendapatkan rawatn dari vitamin semulajadi yang boleh didapati tanpa perlu berbelanja mahal. Bukan sahaja menjimatkan duit, malah ianya bebas daripada bahan kimia yang boleh merosakkan rambut. Caranya adalah seperti berikut;
1. LIDAH BUAYA
Selain baik untuk rambut, lidah buaya juga sangat baik untuk kulit kepala. Sapukan lendiran atau isi lidah buaya ke kepala selaa 30 minit sebelum mandi. Sapu pada keseluruhan kepala kemudian tutup dengan tuala yang telah direndam dengan air suam.
Tujuannya untuk membuka liang pori pada kulit kepala anda.Buka penutup setelah 25 minit dan urutkan perlahan bagi melancarkan kembali peredaran darah di kepala. Cuci rambut seperti biasa dengan menggunakan syampu untuk bersihkan sisa lendiran lidah buaya tadi.
2. LIMAU NIPIS
Selain panjangkan rambut, limau nipis juga boleh merawat masalah kelimumur pada rambut anda. Lumur kepala dengan perahan jus dari limau nipis secara sekata di keseluruhan kulit kepala. Biarkan selama satu minit baru syampu dan bilas seperti biasa.
3. BUAH KERAS
Penggunaan buah keras lebih mudah dan anda tidak akan merasa pedih dan gatal seperti menggunakan daun lidah buaya ataupun limau nipis. Bakar buah keras terlebih dahulu untuk mendapatkan minyaknya. Gunakan minyak buah keras setiap hari untuk mendapatkan hasil yang berkesan.
4. BAWANG MERAH
Bawang merah berfungsi untuk menguatkan akar rambut. Kandungan sulfurnya sangat bermanfaat untuk menumbuhkan rambut dengan cepat. Kisar beberapa biji bawang merah kemudian sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 20 minit sebelum mebilasnya dengan syampu.
5. MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah nutrisi semulajadi untuk memanjangkan rambut. Gunakan minyak zaitun semalaman sebelum basuh keesokannya.
6. SANTAN KELAPA
Anda boleh lakukan sekurang-kurangnya dua kali semiggu kerana penggunaan santan kelapa secara rutin juga boleh menghaluskan dan merawat rambut. Lumur santan pekat pada keseluruhan kulit kepala kemudian bungkuskannya dengan tuala yang direndam dengan air suam. Biarkan selama 20 minit baru bilas seperti biasa.
7. BUAH PISANG
Ambil sebiji buah pisang masak, hancurkan sehingga menjadi pes kemudian tambahkan sedikit minyak zaitun. Sapukan pada seluruh rambut dan permukaan kulit kepala.
Tutupkan dengan tuala ataupun snow cap dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci.Pengaliran darah yang bagus akan mempercepatkan pertumbuhan rambut anda. Oleh itu rajin-rajinkan lah jari jemari untuk mengurut perlahan kulit kepala selama seminit atau lebih.
Nak cantik kena lah rajin kan. Selamat mencuba.