Ambil Tahu Cara Betul Simpan Daging Korban Supaya Kekal Segar, Tahan Lama

Nak tahu cara terbaik untuk simpan daging korban? Maklumlah di musim korban ini tentunya banyak stok daging di rumah. Agak mustahil untuk menikmatinya dalam jumlah yang banyak. Oleh itu cara penyimpanan serta pengurusan yang betul amat penting bagi memastikan daging korban dapat disimpan dalam masa yang lama, kekal enak serta kualitinya terjaga.

Menerusi posting FB dari saudara MB Johari Haji Ismail yang dikreditkan kepada Chef Mawi, beliau berkongsi kaedah penyimpanan daging yang betul. Puan-puan boleh cuba.

Kaedah Menyimpan Daging Korban Yang Betul Agar Kualiti Daging Terjaga.

1.Elak Cuci Daging Korban Sebelum Disimpan.

Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, dikhuatiri kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging seterusnya merosakan kualiti. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.

2. Simpan Daging Dalam Kuantiti Yang Kecil Dalam Frezer.

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan (2-4 kg) di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg. Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja.

Biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

3. Elak Terus Simpan Daging Ke Dalam Ruang Sejuk Beku/Freezer.

Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.

4. Elak Cairkan Daging Beku Mengunakan Air Panas.

Jika hendak memasak daging beku, jangan cairkan ais dalam daging atau daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip bersuhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).

Setelah daging lembut dan ais cair, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

TIP TAMBAHAN:

Jangan guna plastik warna hitam kerana ia adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Sebaiknya gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar yang ada seal. Baarakallah. Semoga memberi manfaat.

Kredit kepada Chef Mawi, Art Of Butchery Inovasi Evolusi, BUTCHERY, TRADING & CONSULTANCY, Butchery Gear and Proper Equipments

Kredit link asal artikel: MB Johari Haji Ismail via Rasa

Author: admin

Leave a Reply